Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Pecah Masuk Muzium Dan...

INDIANAPOLIS - Seorang lelaki Amerika Syarikat (AS) mengaku bersalah memecah masuk sebuah muzium...

Pakatan Rakyat Sarawak Di...

KUCHING -- DAP Sarawak hari ini menyatakan ia menghentikan semua komunikasi dengan PAS...

Batang Kelapa Sawit Sumber...

KUALA LUMPUR - Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi kini dalam proses merangka Pelan...

Remaja Perempuan Ganas Di...

LONDON - Polis Britain sedang menyiasat rakaman video seorang remaja perempuan membelasah mangsanya,...

Isu ‘Payung’ Lurah, Fasha Malas Layan Provokasi

LANTARAN penularan gambar ‘panas’ dikaitkan dengan dirinya baru-baru ini, nama pelakon, Fasha Sandha mula menjadi perhatian peminat dalam industri hiburan tanah air.

Pun begitu, Fasha dikatakan enggan terlalu memikirkan mahupun melayan terhadap sebarang provokasi yang dilihat seolah-olah melampau itu.

Dalam perkembangan sama, Fasha berkata, dia enggan memperbesarkan hal tersebut selain turut mengakui tidak kisah dengan tohmahan negatif berkenaan.

“Mungkin cara gambar itu diambil yang membuatkan sesetengah orang menganggapnya seksi. Saya pun tak perasan. Saya sudah pun muat naik gambar terbabit dan saya tidak rasa perlu untuk memadamkannya.

“Siapa nak marah, marahlah. Saya tak tutup pun ruangan komen. Tak kisahlah orang nak cakap apapun. Ia tak mendatang kesan kepada saya,” katanya dipetik BH Online.

Sementara itu, Fasha ketika ditanya mengenai kegagalan filem terbaru lakonannya bertajuk Badang, dia percaya ia berbalik kepada nasib dan rezeki.

“Bagi saya, semuanya bergantung kepada nasib. Mungkin ia tidak menyebelahi filem terbabit, kali ini. Saya pula sudah buat yang terbaik, begitu juga dengan Aliff dan pelakon lain.


“Berhubung alasan mengapa filem berkenaan tidak laku, saya rasa ia patut ditanya kepada pengarahnya sendiri,” katanya.

Baca: Fasha Sandha ‘Payung’ Aset, Bikin Warga Netizen Panas

Terdahulu, Fasha teruk menjadi sasaran kritikan dan kecaman netizen gara-gara berpakaian yang mencolok mata ketika menghadiri majlis malam berinai pelakon, Elvina Mohamad.

Menerusi salah satu gambar yang dikongsi oleh Fasha, pakaian yang digayakan oleh Fasha ketika menghadiri majlis tersebut dikatakan sendat dan menampakkan lurah antara kedua buah dadanya.

Tindakan Fasha memuat naik entri berkenaan bagaimanapun telah mengundang pelbagai reaksi dan respon daripada warga netizen di laman sosial. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori