Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tidak Perlu Berhimpun Bantah...

KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah, Khalid Samad, menegaskan tiada keperluan bagi perhimpunan membantah...

NASA Tangkap Gambar Gelombang...

WASHINGTON - Agensi Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Negara (NASA) menangkap gambar yang tidak...

PRU14: Survei Senjata Akhir...

PERANG survei atau tinjuan pendapat akan memanaskan suasana hari-hari terakhir kempen dalam Pilihan...

Terpaksa Diusung Keluar Kerana...

CHINA – Seorang lelaki terpaksa diusir keluar dari hospital dengan bantuan polis selepas dia...

Isu Pengambilalihan SPLASH Hangatkan DUN Selangor

SHAH ALAM – Isu pengambilalihan syarikat konsesi air, Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd. (SPLASH) yang masih menemui jalan buntu mencetuskan perdebatan hangat antara Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Semuanya bermula apabila Mohamed Azmin (PKR-Bukit Antarabangsa) berkata pihaknya tidak boleh mengemukakan nilai yang sesuai untuk mengambil alih SPLASH kerana ia melibatkan kepentingan pemegang saham syarikat.

“Saya tiada halangan kongsi nilai pengambilalihan SPLASH, tetapi bagi saya ia (nilai pengambilalihan) masih dalam proses rundingan antara Kerajaan Pusat, kerajaan negeri dan SPLASH.

“Oleh itu, tidak adil saya menyatakan harga nilai terbabit, apatah lagi syarikat ini (SPLASH) ‘listed’ (disenaraikan) dan boleh menjejaskan pemegang saham,” katanya ketika menggulung perbahasan menjunjung kasih titah ucapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di sidang DUN di sini.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin menyalahkan Kerajaan Pusat berhubung kelewatan pengambilalihan ekuiti Splash dengan mendakwa Kerajaan Pusat masih belum mengemukakan laporan penilai bebas yang dilantik mereka berhubung proses pengambilalihan syarikat itu kepada kerajaan negeri.

Katanya, kerajaan negeri memerlukan laporan penilai bebas itu sebelum boleh menawarkan nilai pengambilalihan SPLASH supaya kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat boleh duduk bersama-sama berbincang untuk menentukan nilai terbaik yang boleh ditawarkan kepada syarikat konsesi itu.

ADUN Dengkil, Shahrom Mohd Shariff yang tidak berpuas hati dengan jawapan itu berkata kerajaan negeri yang perlu mengemukakan nilai sebenar pengambilalihan ekuiti SPLASH kepada syarikat itu selaras dengan konsep “willing seller, willing buyer”.


“Ini kerana yang berhasrat membeli ekuiti SPLASH adalah kerajaan negeri dan yang nak menjualnya adalah SPLASH, justeru, keputusan akhir di tangan kerajaan negeri,” katanya.

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini dilapor berkata tawaran asal terakhir yang dibuat kepada SPLASH adalah RM250.6 juta sebagai nilai pengambilalihan ekuiti.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili pula dilaporkan berkata kerajaan Selangor diharap dapat segera menyelesaikan perkara itu dengan menyatakan nilai yang sesuai untuk mengambil alih SPLASH. – BERNAMA

Kategori