Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Lebih 100 Mangsa Pencemaran...

JOHOR BAHRU - Lebih 100 mangsa pencemaran di Pasir Gudang pada Mac dan...

PLUS Belanja RM1b Pada...

KUALA LUMPUR – PLUS Expressways Bhd membelanjakan RM1 bilion pada 2016 untuk menyelenggara...

Johor Kaji Cadang Kenakan...

JOHOR BAHRU — Kerajaan negeri sedang mempertimbangkan cadangan mengenakan surcaj SGD10 (RM40) kepada...

Paras Air 14 Sungai...

KUALA LUMPUR: Paras air di 14 sungai di Selangor, telah mencatatkan rekod melebihi...

Izreen Minta Netizen Henti ‘Serang’ Rita Rudaini

PLOT cerita kontroversi melibatkan pelakon jelita, Izreen Azminda semakin hangat apabila rakan baiknya, Rita Rudaini pula menjadi mangsa ‘serangan’ netizen.

Susulan perkara itu, pelakon berusia 33 tahun itu meminta agar orang ramai berhenti mengganggu mahupun ‘menyerang’ Rita di media sosial berhubung kontroversi rumah tangganya.

Baca: ‘Diserang’ Netizen, Rita Kecil Hati Dengan Izreen

Jelas Izreen, Rita sama sekali tidak ada kena mengena dalam kontroversi tersebut dan berharap orang ramai tidak salah faham mengenai apa yang sedang berlaku.

“Diakui sejak saya menutup ruangan komen dan menyahaktif sementara akaun Instagram (IG), netizen beralih ke IG Rita. Disebabkan mereka tidak dapat menghentam saya,Rita pula jadi mangsa.

“Dalam masa sama, ia berlaku di luar kawalan saya. Cuma, apa boleh dikatakan sekarang, berhenti ganggu ketenteraman Rita, baik di kalangan peminat saya atau haters, kata Izreen dipetik Harian Metro.

Pelakon, Izreen Azminda.

Tambah Izreen, tindakannya yang menutup laman Instagram bukan berniat untuk lari daripada masalah sebaliknya ingin meredakan keadaan yang sedang ‘hangat’.

“Saya bukan lari, tetapi ingin perkara ini selesai dahulu. Selepas ini, saya akan kembali membuka akaun IG.

“Buat masa sekarang, saya ingin semuanya reda dan tenang dahulu. Bagi yang terus memberikan sokongan kepada saya, terima kasih diucapkan,” tambah Izreen.

Sementara itu mengulas mengenai penamatan kontrak menjadi duta produk kecantikan, Izreen berkata dia bukan digugurkan tetapi tempoh kontrak tersebut sudah tamat.


“Saya anggap tidak ada rezeki. Namun, saya ingin perbetulkan persepsi orang yang mana kontrak saya tidak dibatalkan, tetapi sudah berakhir. Saya percaya, rezeki Allah SWT ada di mana-mana.

“Alhamdulillah, tawaran berlakon juga tidak putus dan semua berjalan macam biasa. Saya bersyukur pihak produksi tidak ambil pusing masalah peribadi saya.

“Mereka lebih percaya dengan hasil kerja saya selama ini. Saya juga tidak ada masalah disiplin atau pernah menimbulkan masalah terhadap mana-mana produksi.

“Paling penting, walaupun saya berdepan masalah, sikit pun tidak menjejaskan kerja saya atau pun mengganggu produksi. Saya tetap menjalani kehidupan seperti biasa,” jelasnya.

Pelakon, Rita Rudaini.

Juga: Kuasa Netizen ‘Bawang’, Kontrak Izreen Ditamatkan?

Nama Izreen mula menjadi bualan masyarakat selepas berita perkahwinannya dengan ahli muzik, Ude yang sudah beristeri dan mempunyai dua orang anak tersebar meluas.

Susulan itu, pelbagai tohmahan dan hinaan telah dilemparkan kepada pelakon wanita ini oleh netizen kerana dianggap sebagai ‘perampas’ suami orang. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori