Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

FAM Rujuk Jawatankuasa Isu...

ISU kegagalan tiga pemain Selangor menyertai kem latihan skuad Pilihan Malaysia akan dirujuk...

Air Pasang Besar: Elak...

SHAH ALAM - Orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan sebarang aktiviti riadah di...

Piala AFF Suzuki: Jangan...

KUALA LUMPUR - Penyokong skuad bola sepak negara dinasihatkan supaya tidak membeli tiket...

TH Tawar Ibu Bapa...

ALOR SETAR - Lembaga Tabung Haji (TH) menawarkan ibu bapa Allahyarham Muhammad Adib...

Jadual Padat, Yana Akui Masih Rindu Berlakon

SELEPAS mendirikan rumah tangga dan dikurniakan cahaya mata, pelakon tinggi lampai Yana Samsudin kini hanya dilihat muncul di kaca televisyen sebagai pengacara sahaja.

Dahulu, wajah Yana sering dilihat menghiasi drama mahupun filem tempatan tetapi selepas hampir setahun menyepi, ibu kepada seorang cahaya mata itu sedang bertungkus lumus dalam menguruskan perniagaannya bersama dengan tugas sebagai seorang pengacara.

Selama 15 tahun melibatkan diri dalam dunia seni, Norliana Samsudin atau Yana akui merindui dunia lakonan tetapi tanggungjawab yang sedang digalasnya kini lebih besar iaitu mengasuh putera kesayangannya, Aisy Mateen, 2.

“Rindu nak berlakon, tetapi dengan komitmen dalam bidang pengacaraan agak sukar untuk saya beri tumpuan kepada bidang lakonan.

“Disebabkan saya tidak ada pembantu rumah, agak sukar untuk meninggalkan anak terlalu lama,” katanya dipetik daripada BH Online.

Namun walaupun statusnya kini sebagai seorang ibu dan wanita berhijab, ia bukanlah faktor utama mengapa dia enggan menerima tawaran lakonan.

Sebaliknya, apa yang membuatkan adik ipar kepada Datin Diana Daniele itu tidak berlakon ialah disebabkan kekangan masa dan keperluannya untuk menguruskan syarikat.

Kini, Yana bukan sahaja bergelar pengacara bagi program bual bicara Bismillah Ad Dhuha, dia juga telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan program jualan barangan melalui televisyen iaitu The Wow Show terbitan NTV7.

“Setiap kali saya mendapat barang untuk dipromosikan, saya akan cuba dulu di rumah. Ini penting supaya kita tahu apa kelebihan sesuatu produk sebelum meyakinkan pembeli.


“Saya selesa berada dalam bidang ini, komitmen kena tinggi. Sebelum program bermula, saya kena bersedia dua jam sebelum siaran langsung.

“Kalau terima tawaran berlakon, saya tak tahu macam mana hendak membahagikan masa,” ujarnya.

Walaupun sibuk dengan rutin harian setiap hari, Yana juga tidak menolak rezeki jika ada mana-mana syarikat produksi sudi untuk mengikuti jadual serta rutin hariannya.

“Dalam seminggu, dua hari saya akan bersama The Wow Show. Dua hari lagi dengan produksi Bismillah Ad Dhuha. Jadi, selebihnya barulah ada masa dengan keluarga dan urusan syarikat,” tambahnya lagi.

Pada tahun 2015 yang lalu, Yana telah mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya iaitu Fadzil Zahari yang merupakan adik kepada Datuk Farid Kamil. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori