Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Malaysia Tawar Jadi Penasihat...

TOKYO - Malaysia menawarkan khidmat sebagai penasihat industri halal kepada Jepun, yang semakin...

4 Kematian Akibat Denggi...

KUANTAN - Sebanyak 751 kes dan empat kematian akibat demam denggi direkodkan di...

Rambut Wanita Beku Akibat...

DES MOINES - Seorang wanita berkongsi klip rakaman video di laman sosial Twitter...

Otak Kelawar “Mendidih” Australia...

SYDNEY – Ratusan ekor kelawar mati akibat cuaca yang terlampau panas di Australia,...

Jangan Cuba Buat Khianat Pada PRU14 – Najib

MELAKA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi amaran kepada semua anggota dan parti komponen Barisan Nasional (BN) supaya jangan cuba melakukan perbuatan khianat terhadap keluarga BN sendiri pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ini.

Najib yang juga pengerusi BN berkata semua parti komponen mesti bekerjasama dan bekerja keras sebagai sebuah keluarga untuk memastikan kemenangan besar kepada BN nanti.

“Kita jangan tembak kaki sendiri, kita jangan sepak kaki kawan.

“Kita mesti bantu satu sama lain. Kalau UMNO yang menang, BN menang, kalau MCA yang menang, BN menang,” katanya semasa melancarkan Jentera BN Bukit Katil dan menghadiri jamuan teh di sini.

Turut hadir isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ir. Idris Haron dan Ketua Bahagian UMNO Bukit Katil, Tan Sri Mohd Ali Rustam.

Sementara itu, Najib juga mahu BN Melaka merampas kembali kerusi Parlimen Bukit Katil pada PRU14.

Katanya, BN akan membawa lebih banyak perubahan di kawasan Parlimen Bukit Katil jika ia berjaya mengambil balik kawasan itu.

“Kita mahu Bukit Katil dijadikan keutamaan. Saya nak Bukit Katil kembali ke pangkuan BN,” katanya.

Pada PRU13, Shamsul Iskandar Mohd Akin daripada PKR mengalahkan Mohd Ali yang juga bekas ketua menteri Melaka dengan 5,733 undi majoriti.


Najib juga meletakkan sasaran kepada BN Melaka untuk memenangi 25 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lima kerusi Parlimen pada PRU14.

BN Melaka kini menguasai 21 daripada 28 kerusi DUN dan empat daripada keseluruhan enam kerusi Parlimen.

Mengulas lawatan kerja seharinya ke negeri ini, perdana menteri memberitahu ribuan penyokong BN yang hadir pada majlis itu bahawa beliau dapat merasakan mood dan suasana yang cukup meriah dan aura tersebut dilihatnya sebagai petanda baik yang memihak kepada BN.

Berhubung tarikh pilihan raya umum, Najib secara berseloroh berkata: “Bila nak pilihan raya? Bila nak raya? Kena tengok anak bulan. Tak lama lagi lah.”

Pada majlis itu, Mohd Ali turut menghadiahkan Najib sebuah buku berjudul “Najib Razak: Di Sebalik Nama” yang ditulis anggota Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Irmohizan Ibrahim, usahawan Ahmad Falahdini dan Nasir Baharudin. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PRU14

Kategori