Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Dakwaan Ditahan Israel: Pemilik...

KUALA LUMPUR - Wisma Putra menggesa individu serta pemilik akaun Instagram (IG) @iesya_toh...

MRT3: Projek Akan Diawalkan...

KUALA LUMPUR - Projek Transit AliranĀ­ Massa Jajaran Ketiga (MRT3) kini berada pada...

Langsungkan Perkahwinan Dalam Keranda...

PERKAHWINAN adalah satu momen terindah yang bakal terukir dalam diari hidup setiap pasangan...

Prasarana Sedia Bas Atasi...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Prasarana menyediakan perkhidmatan bas pengantara dari KL Sentral ke...

Jangan Lepas Geram Dalam Dewan Rakyat – Pandikar

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menasihati anggota parlimen agar mengawal emosi ketika berbahas atau menyuarakan pandangan pada persidangan kali ini.

Beliau mengingatkan mereka supaya tidak menjadikan Dewan Rakyat sebagai tempat melepaskan geram, sebaliknya menyuarakan pendapat dengan berhemah.

ā€œBiarlah geram masing-masing dilepaskan sewaktu kempen pilihan raya, jangan di Dewan Rakyat,ā€ katanya kepada pemberita selepas istiadat pembukaan mesyuarat pertama penggal keenam Parlimen ke-13, di sini, hari ini.

Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 20 hari sehingga 5 April depan, yang terakhir sebelum pilihan raya umum ke-14.

Ditanya mengenai kemungkinan parlimen dibubarkan semasa persidangan berlangsung, beliau berkata perkara itu terserah pada kuasa eksekutif dan tidak ada kena-mengena dengan tugasnya selaku speaker.


Ditanya kemungkinan usul ā€˜Kajian Semula Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri bagi Semenanjung dan Sabahā€™ akan dibentangkan kali ini, Pandikar berkata: ā€œBelum saya nampak lagi ā€˜order paperā€™ (aturan urusan mesyuarat)ā€¦ masih panjang lagi masa.ā€ – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Kategori