Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Permintaan Bagi Tangki Simpanan...

SINGAPURA: Permintaan bagi tangki simpanan minyak di Singapura melambung tinggi, suatu petanda semakin...

Masalah Muara Cetek Sg....

MARANG - Menteri Besar Terengganu, Dr. Samsuri Mokhtar yang bertugas di hari kedua...

Bekas ADUN Labu Meninggal...

BEKAS Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu, Datuk Muhamad Shahlan Shaid, 69, meninggal...

Masa Depan Belia Cemerlang...

TAWAU - Masa depan golongan belia akan terus cemerlang dan gemilang jika Barisan...

JBPM Akan Tambah Balai Bomba Di Seluruh Negara

AYER TAWAR — Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menambah jumlah balai bomba di seluruh negara bagi meningkatkan mutu perkhidmatan terutama memendekkan masa bertindak dalam menghadapi sebarang kejadian kecemasan atau bencana.

Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim berkata penambahan itu melibatkan premis kedai yang akan dijadikan sebagai balai bomba kategori D di beberapa kawasan yang dikenal pasti terletak sedikit jauh dari balai bomba sedia ada.

Katanya, sehingga kini terdapat 290 balai bomba termasuk balai bomba kategori D di seluruh negara.

“Kita menyasarkan tempoh dari 10 minit untuk bertindak balas terhadap sesuatu laporan dan sehingga kini hanya beberapa negeri yang dilihat memuaskan berikutan ketaburan lokasi balai bomba belum cukup baik.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Perasmian Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Tawar dan Penyerahan Kunci Rumah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Kampung Deralik, Sitiawan, di sini hari ini.

“Kita akan mempercepatkan proses pembinaan balai bomba kategori D ini yang bukan sahaja cepat, malah kosnya juga rendah berbanding balai bomba yang mempunyai spesfikasi lengkap,” katanya.

Wan Mohd Nor berkata, pihaknya juga merancang untuk menambah jumlah balai bomba sukarela bagi membantu pasukan bomba sukarela (PBS) mendapat fasiliti terbaik selain melancarkan operasi penyelamat dan memendekkan masa tindak balas.


“Dengan kemudahan yang lengkap, hubungan komunikasi akan lebih efektif dan mereka akan menjadi pasukan pertama yang memberikan respons jika berlaku kebakaran terutama di kawasan jauh daripada balai bomba sedia ada dengan lebih cepat.

“Sehingga kini terdapat 370 buah balai bomba sukarela dengan kekuatan sebanyak 15,000 PBS di seluruh negara dan kita akan perbaiki pengurusan PBS agar benar-benar dapat melaksanakan fungsi dengan lebih baik,” katanya.

Pada majlis itu, Wan Mohd Nor turut menyerahkan kunci rumah kepada mangsa kebakaran Zamzuri Afirin Sulaiman selepas rumahnya di Kampung Deralok di sini hangus dalam kebakaran pada Mei tahun lalu. Rumah itu dibina di bawah program NBOS dengan kos bernilai RM40,000. – BERNAMA

Kategori