Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

MB Johor Sah Tiada...

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menafikan dakwaan...

Tokpa Positif Covid-19

KOTA BHARU - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed...

Lakar Sejarah Tinju, Tali...

KUALA LUMPUR - Peninju profesional negara, Muhamad Farkhan Haron memahat nama selaku petinju...

Penderma Organ Dalam Kalangan...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan menggesa lebih ramai golongan muda tampil menjadi pengikrar penderma...

Jemaah Haji Malaysia Istimewa – Imam Al-Sudais

MAKKAH — Imam Masjidil Haram, Sheikh Abdurrahman Abdul Aziz Al-Sudais meluahkan rasa gembira terhadap Malaysia atas pengurusan Haji yang teratur serta menyifatkan jemaah Malaysia sebagai istimewa.

Jemaah haji Malaysia sangat teratur, menjaga adab dan sentiasa mematuhi peraturan tempat suci, kata Imam Besar itu dalam pertemuan bersama tiga editor kanan Malaysia yang berkunjung ke pejabat beliau di sini.

Sheikh Al-Sudais seterusnya menyampaikan berita gembira bahawa penjaga dua kota suci bersetuju untuk melaksanakan projek terjemahan khutbah Jumaat di Makkah, Madinah dan Padang Arafah (pada Musim Haji) ke dalam Bahasa Melayu.

Menurutnya Bahasa Melayu adalah satu daripada 10 bahasa dalam menjayakan projek itu.

Sheikh Al-Sudais yang juga Presiden bagi Hal Ehwal Dua Masjid Suci di Arab Saudi berkata pelaksanaan projek itu dilihat penting untuk manfaat masyarakat Islam dari Asia Tenggara untuk kefahaman mereka.

Beliau turut menyatakan rasa gembira dengan sambutan baik diberikan Malaysia terhadap imam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi semasa lawatan mereka ke Malaysia.

Katanya kerjasama dan semangat perpaduan yang ditunjukkan kerajaan Malaysia dengan pihak Arab Saudi amat penting demi memelihara kesejahteraan ummah di dunia.

Di peringkat antarabangsa, beliau berkata Malaysia menjadi contoh terbaik dalam menonjolkan sikap kesederhanaan dalam mencerminkan Islam yang sebenar.

Sheikh Al-Sudais berkata Arab Saudi dan Malaysia akan berganding tangan dalam memerangi keganasan antarabangsa.

Arab Saudi kini bergelut dengan konflik di Yemen terutama apabila militan Houthi di negara jiran selatannya beberapa kali melancarkan serangan peluru berpandu balistik ke beberapa lokasi termasuk ibu negara Riyadh.

Sheikh Al-Sudais juga menjelaskan bahawa projek perluasan Masjidil Haram dan projek pemulihan telaga Zam Zam sudah mencapai peringkat akhir dan boleh dimanfaatkan tidak lama lagi.


Katanya Penjaga Dua Kota Suci sentiasa menjadikan pengalaman Malaysia sebagai teladan dalam usaha mewujudkan perkhidmatan dan sistem yang bermutu kepada seluruh jemaah.

Tinjauan di tapak perluasan Masjidil Haram mendapati sebahagian besar ruang baharu boleh digunakan menjelang Ramadan tahun ini dengan kapasiti tambahan sebanyak 1.6 juta jemaah.

Kawasan tawaf yang baharu pula dijangka boleh menampung kira-kira 10,000 orang pada setiap masa.

Sheikh Al-Sudais menolak dakwaan pihak tertentu yang cuba meragukan tanggungjawab Arab Saudi dalam memelihara kesucian di tanah suci.

Katanya pihak berkenaan cuba menyebar berita palsu bertujuan menafikan segala usaha yang dilakukan oleh pihak berkuasa Arab Saudi selama ini.

Sehubungan itu, beliau menegaskan pentingnya peranan media hari ini dalam menyampaikan mesej sebenar berhubung usaha menyebarkan syiar Islam.

Berhubung penyebaran berita palsu, Sheikh Al-Sudais berkata Islam telah memberi panduan menerusi al-Quran dan Sunnah dalam cara-cara menerima sesuatu berita.

Contohnya Surah al-Hujurat ayat 6 antaranya menyebut “Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” – BERNAMA

Kategori