Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Taylor Swift, Calvin Harris...

JIKA tadi Mynewshub berkongsikan cerita mengenai penyanyi sensasi Lady Gaga yang bakal berkahwin...

4 Negeri Di Semenanjung...

TUARAN - Empat negeri di Semenanjung merekodkan bacaan suhu paling tinggi semalam berikutan...

25 Serangan Jantung Sehari,...

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan. Sewaktu berusia sembilan bulan, Theo...

3 Mati Dalam Insiden...

CHICAGO - Seorang banduan di kamar mahkamah Michigan menembak mati dua pegawai mahkamah...

Jemput Izreen, Sheila Rusly Teruk ‘Dihentam’ Ramai?

PENERBIT drama Sheila Rusly menerima kecaman teruk daripada netizen gara-gara menjemput pelakon, Izreen Azminda sebagai tetamu undangan dalam rancangan masakan, Ketuk-Ketuk Ramadan baru-baru ini.

Tindakan itu ternyata mengundang kemarahan warga netizen yang masih marah dengan Izreen berikutan isu kontroversi rumah tangga melibatkan pemuzik Gegar Vaganza 4 (GV4), Muhammad Radzi Abdul Wahid dan Intan Liana Saleh.

Seperti sedia maklum, nama Izreen mula menjadi sebutan ramai selepas berita perkahwinannya dengan Ude yang sudah beristeri dan mempunyai dua orang anak tersebar meluas.

Susulan hal itu, netizen terutamanya kaum wanita seperti tidak dapat membendung kemarahan membuak-buak sehinggakan bertindak melemparkan pelbagai hinaan kepada pelakon wanita itu kerana dianggap sebagai ‘perampas’ suami orang.

Berkemungkinan besar juga disebabkan kontroversi itu, pihak produksi rancangan tersebut menjemput pelakon wanita berkenaan untuk menjadi tetamu undangan.

Pun begitu, jemputan berkenaan dilihat mendapat tentangan netizen dan rata-rata beranggapan Sheila tidak seharusnya menjemput Izreen untuk minggu tersebut.


Lebih malang, ada segelintir pihak yang ingin memboikot episod berkenaan kerana tidak berpuas hati dengan kehadiran Izreen.

Hmmm…Haish tak pasal kena tempias juga? Tapi, apa yang membuatkan kami kagum dengan Sheila adalah dia sempat menitipkan kata-kata semangat buat Izreen.

Selain itu, Sheila juga sempat mengingatkan semua pihak agar tidak mudah menjatuhkan hukum terhadap apa yang berlaku. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori