Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Warga India Bunuh, Tanam...

Subang Jaya : Lelaki warga India yang dipercayai membunuh dan menanam mayat suami...

Tiada Kompromi Penyebar Berita...

PUTRAJAYA - Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu termasuk orang kenamaan yang...

SPRM Terus Usaha Kurang...

KOTA KINABALU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah akan terus berusaha meningkatkan...

Sultan Johor Bayar Zakat...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan membayar zakat sebanyak...

Jenazah Sanusi Junid Selamat Dikebumikan

KUALA LUMPUR – Jenazah bekas Menteri Pertanian Tan Sri Sanusi Junid selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini, pada kira-kira 3 petang.

Terdahulu, jenazah Sanusi dimandi dan dikafankan di Masjid Saidina Umar Al Khattab, Damansara sebelum disolatkan selepas solat Jumaat.

Sanusi, 74, menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Pantai Dalam di sini kira-kira 6 pagi tadi dengan meninggalkan seorang isteri Puan Seri Nila Inangda Manyam Keumala dan tujuh anak, empat perempuan dan tiga lelaki.

Allahyarham pernah menjadi Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada 1981 dan Menteri Pertanian pada 1986 sebelum dilantik menjadi Menteri Besar Kedah pada 1996 hingga 1999.

Kira-kira 200 orang terdiri daripada anggota keluarga dan sahabat terdekat berada di tanah perkuburan bagi pengebumian jenazah Allahyarham Sanusi.


Turut kelihatan di tanah perkuburan ialah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Johari Baharom dan Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Malaysia Tan Sri Dr Rais Yatim. – BERNAMA

Kategori