Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Polis Buru Lima Penjenayah...

Kota Kinabalu : Polis Kota Kinabalu giat menjalankan operasi mengesan sekumpulan lima penjenayah...

Isteri Jamal Abdillah Sudah...

RAJA Pop Datuk Jamal Abdillah mendedahkan isterinya Zai Izzati Khairuddin, 24, sudah tiga...

Rewcastle-Brown Bukan Ditahan, Kata...

SINGAPURA – Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) menjelaskan Clare Rewcastle-Brown,...

Maklumat Dalam Gambar Tak...

GAMBAR memaparkan sebahagian borang yang meminta penyenaraian kekuatan pegawai dan anggota polis bagi...

Jentera BN N.Sembilan Sedia Hadapi PRU14

TAMPIN – Jentera Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan sudah bersedia bagi menghadapi pilihan raya umum Ke-14 (PRU14) akan datang, kata Pengerusi BN Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO berkata semua anggota komponen BN kini dalam keadaan siap siaga yang tinggi bagi memastikan BN akan terus mendapat mandat mentadbir negeri dan negara selepas PRU14.

“Saya berharap pengundi memberi peluang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menubuhkan kerajaan selepas PRU14.

“Oleh itu, pada hari pengundian nanti keluarlah beramai-ramai seperti yang hadir pada program hari ini dan dengan sokongan seumpama ini saya yakin BN akan menang besar di semua Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen Tampin,” katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Parlimen Tampin di Dataran Kampung Tengah, di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Anggota Parlimen Tampin Datuk Seri Shaziman Abu Mansor serta 7,000 hadirin.


Selain itu, Mohamad mengingatkan rakyat Malaysia seharusnya bersyukur kerana dapat hidup dalam keadaan aman damai dan bebas melakukan aktiviti harian jika hendak dibandingkan dengan negara lain yang sentiasa bergolak.

“Keamanan dalam negara ini adalah hasil daripada perjuangan BN yang berterusan dalam memupuk perpaduan antara kaum. Jadi, untuk apa kita mengambil risiko menukar kerajaan,” katanya. – BERNAMA

Kategori