Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Mangsa Banjir Di Melaka...

MELAKA - Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Tehel di...

FAMA Raih RM6.35 Juta...

SERDANG – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) berjaya mencatat nilai jualan berjumlah RM6.35...

Gadis Cantik Mirip Artis...

KISAH malang yang menimpa seorang gadis cantik, Intan Novita, kini heboh diperkatakan di...

Trump Dikritik Setelah Hina...

"ANDA sembunyikan kebenaran. Anda takut menghadapi kebenaran!" kata Khirz Khan. Bapa kepada Humayun Khan,...

Johor Bentang KPI Lima Tahun Bulan Ini

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan negeri Johor akan membentangkan kad laporan pencapaian dan prestasi kerajaan negeri sepanjang lima tahun sejak 2013, bulan ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata 90 peratus daripada manifesto Barisan Nasional (BN) yang ditawarkan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lepas, berjaya dicapai kerajaan negeri.

“Kalau hendak ikutkan kepada manifesto PRU13, yang bertemakan ‘Mensejahterakan Rakyat’ itu, ia mengemukakan 20 perkara dengan 84 Aku Janji…boleh dikatakan bahawa semua perkara-perkara utama dan juga aku janji itu dalam proses pelaksanaan.

“Ada yang melepasi sasaran dan ada yang tidak dapat hendak diukur dari segi sasaran, misalnya, menjadikan Johor Bahru bertaraf antarabangsa dan sebagainya,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual di pejabatnya di Kota Iskandar, pusat pentadbiran kerajaan Johor baru-baru ini.

Menyatakan bahawa laporan pencapaian itu akan dibentangkan kepada umum tidak lama lagi, Mohamed Khaled menegaskan secara umumnya, pencapaian terpenting kerajaan negeri adalah menerusi konteks ‘Muafakat Johor’ dan ‘Bangsa Johor’, yang melonjakkan Johor sebagai negeri terbaik.

Mohamed Khaled berkata selain pencapaian manifesto, perpaduan di Johor berada dalam keadaan yang sangat baik dan semakin kukuh sekali gus membantu kestabilan politik serta memacu kemakmuran ekonomi.

Katanya hubungan yang baik antara kerajaan negeri dan pusat menjadi satu faktor penyumbang Johor mencapai kemajuan pesat.

“Boleh dikatakan bahawa Johor berada dalam liganya yang tersendiri dan kalau tiada itu (perpaduan), tidak mungkin akan wujud kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi kerana rakyat dalam keadaan tidak bersatu padu, bertelagah dan berpecah belah.

“Semua ini bukannya hasil saya sendiri tetapi sumbangan daripada semua pihak termasuk sumbangan daripada pihak-pihak yang terdahulu dan pada masa yang sama ia juga hasil daripada hubungan baik antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri. Jadi, itulah antara pencapaian terpenting,” katanya.

Mohamed Khaled yang juga Pengerusi BN Johor, memberi contoh agenda perumahan yang dilaksanakan kerajaan negeri adalah melebihi sasaran apabila berjaya membina 15,000 unit Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) setakat ini berbanding 6,000 unit yang disasarkan menerusi manifesto.

“Kita masih lagi sedang bina (RMMJ) dan akan siapkan. Begitu juga dari segi soal melonjakkan pertumbuhan ekonomi, Johor merupakan negeri yang mendapat pelaburan tertinggi dalam sektor pembuatan, empat tahun berturut-turut dari 2013 hinggalah 2017.


“Begitu juga dari segi pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kita melepasi kadar di peringkat kebangsaan,” kata Mohamed Khaled, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas.

Pada 2016, Johor mencatatkan kadar pertumbuhan KDNK 5.7 peratus, iaitu ketiga tertinggi selepas Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan. KDNK Malaysia pada tahun itu ialah 4.2 peratus.

Bagi mengukur keberkesanan prestasi kerajaan negeri dalam tempoh lima tahun ini, Menteri Besar Johor itu berkata kerajaan negeri memperkenalkan ‘Agenda Kepimpinan Berprestasi’, yang mana prestasi pelbagai pihak termasuk exco kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri dan ketua jabatan dalam kalangan pegawai tadbir ditetapkan menerusi Petunjuk Prestasi Utama (KPI).

“Ini bermakna keberhasilan dasar serta pelaksanaan dasar dan inisiatif yang diumumkan itu, kita pantau setiap suku tahun. Memang setiap tahun, ada sesi saya berjumpa exco, ketua GLC, ketua-ketua jabatan untuk saya tahu perkembangan,” katanya.

Selain sentiasa memantau setiap perkembangan projek yang dilaksanakan, beliau berkata pada setiap awal tahun diadakan ‘Exco Away Day’ bagi memaklumkan kepada semua mengenai hasil pencapaian portfolio masing-masing.

Kerajaan negeri turut menggunakan pihak ketiga sebagai ‘validator’ iaitu institut pemikir Bait Al-Amanah bagi membuat laporan mengenai usaha-usaha kerajaan negeri dan menerbitkan laporan pembangunan Johor.

Laporan pembangunan Johor bagi tahun 2015 dan 2016 sudah diterbitkan dan usaha sedang dilakukan ketika ini bagi menyiapkan laporan pembangunan tahun lepas, katanya.

Mengenai kepuasan hati rakyat terhadap pencapaian manifesto kerajaan negeri dan BN dalam tempoh lima tahun ini, Mohamed Khaled berkata adalah sesuatu yang mustahil dapat memuaskan hati semua rakyat.

Melihat kepada perkara yang ditawarkan dalam manifesto dan berpandukan ‘Pelan Suara Hati Johor’ rakyat melahirkan pandangan, input, saranan dan keperluan rakyat sebagai asas perjalanan tanggungjawab, beliau berkata kerajaan negeri berusaha memenuhi dan melaksanakan agenda pembangunan dan mensejahterakan rakyat. – BERNAMA

Kategori