Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bila Gambar Bogel Kim...

NAMA Kim Kardashian terus menjadi trending hari ini sejak gambar bogelnya untuk majalah...

Pemain Bola Sepak Argentina...

BUENOS AIRES - Pemain bola sepak Argentina, Franco Nieto yang dipukul dan dibaling...

Jangan Silap Langkah Pilih...

LAHAD DATU - Penduduk Lahad Datu dinasihatkan agar tidak tidak membuat pilihan yang...

Janda Ditahan Terbabit Kes...

KANGAR - Seorang janda yang juga bekas banduan berusia 32 tahun ditangkap di...

Jualan Sentuhan Rakyat Berpotensi Turunkan Harga

KUALA LUMPUR – Lebih dua juta rakyat mendapat manfaat daripada Program Jualan Sentuhan Rakyat yang menawarkan barang keperluan pada harga rendah dalam usaha kerajaan membantu meringankan masalah kos sara hidup rakyat, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Henry Sum Agong berkata sebanyak 470 siri program itu diadakan di seluruh negara sejak 20 Jan lepas dengan merekodkan jumlah jualan melebihi RM21.9 juta dan 2.16 juta pengunjung.

Beliau berkata program anjuran kementeriannya dengan penglibatan kementerian dan agensi-agensi lain secara perkongsian pintar termasuk pengilang dan pemborong bukan sahaja menawarkan barangan keperluan pada harga rendah tetapi berkualiti.

“Program Jualan Sentuhan Rakyat ini mampu memberi tawaran harga patut yang jauh lebih murah kerana ia menggunakan konsep “pembelian secara langsung daripada penjual” tanpa perlu melalui orang tengah yang menaikkan harga barang untuk mengaut untung,” katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya.

Beliau berkata mekanisme berkenaan mampu mendorong peniaga untuk turut menurunkan harga barangan keperluan, sekali gus mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Henry berkata kerajaan komited memastikan rakyat tidak terbeban dengan isu kos sara hidup dengan melakukan pelbagai inisiatif dalam usaha memastikan keselesaan rakyat dan bukannya sekadar bertindak apabila menjelang pilihan raya.


Program Jualan Sentuhan Rakyat akan dianjurkan secara lebih kerap dan berpotensi menurunkan harga barangan keperluan di masa depan, katanya.

“KPDNKK turut mengadakan pelbagai skim kawalan harga barangan musim perayaan serta kawalan harga barangan keperluan harian untuk pastikan harga barangan dijual pada harga yang berpatutan. Penambahbaikan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 juga adalah bagi memastikan rakyat dapat membeli barangan keperluan pada harga lebih murah,” katanya. – BERNAMA

Kategori