KOTA KINABALU – Komuniti 1Malaysia (K1M) berupaya menjelaskan kepada rakyat akar umbi mengenai dasar kerajaan agar rakyat tidak ketinggalan daripada nikmat usaha pembangunan yang dijalankan.
Timbalan Ketua Pengarah (Strategik) Penerangan Datuk Mohd Sukari Ab Hamid berkata banyak fakta telah diputarbelitkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab dan telah mempengaruhi persepsi rakyat, sekali gus membantutkan usaha kerajaan memajukan rakyat.
“Zaman sekarang ini amat kritikal dengan bermacam isu yang timbul dan penyebaran maklumat yang tidak tepat.
“Banyak fakta tidak ditularkan dan di sinilah K1M boleh memainkan peranan untuk membetulkan persepsi rakyat terhadap kerajaan,” katanya pada Majlis Jalinan Kasih K1M di sini malam tadi.
Turut hadir Pengarah Penerangan Sabah Suwadi Guliling.
Mohd Sukari juga berharap K1M menggunakan peluang menyertai program anjuran Jabatan Penerangan untuk mendalami teknik pengucapan dan penyampaian secara berkesan bagi memudahkan usaha mendekati rakyat. – BERNAMA
*Video sekadar hiasan…