Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

KIMMA Sokong Sistem Sekolah...

SEREMBAN - Kongres Indian Muslim Malaysia (KIMMA) menyokong cadangan mewujudkan sistem sekolah satu...

Akui Diri Khunsa!!! –...

TAK dapat dinafikan, manusia yang dilahirkan sebagai Muslim sekali pun kadangkala tersasar dalam...

Musibah Banjir Yang Menyatukan,...

KUALA LUMPUR – Musibah banjir yang melanda utara Semenanjung khususnya negeri Pulau Pinang...

Najib Terima Kunjungan Hormat...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima kunjungan...

70.1% Setuju Hanya BN Masa Depan Lembah Pantai

KUALA LUMPUR – Kajian mendapati sebanyak 70.1 peratus responden bersetuju hanya kerajaan Barisan Nasional (BN) boleh membina masa depan kawasan Parlimen Lembah Pantai, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menerusi kajian sebuah universiti tempatan terhadap pengundi pelbagai kaum itu, sebanyak 74.5 peratus responden mengakui hanya BN sudah membantu dan memberi perkhidmatan kepada mereka.

“Sebanyak 58.9 peratus responden pula mahu berubah angin dengan memberikan sokongan kepada calon BN pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) di Lembah Pantai dan 75.3 peratus responden berkata janji-janji yang dibuat ‘orang’ yang mewakili Lembah Pantai tidak ditunaikan,” katanya.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata jika kepercayaan dan sokongan terus diberikan kepada calon BN di kawasan itu, lebih banyak kemudahan dan keselesaan yang akan dinikmati penduduk.


“Dengan memberikan sokongan kepada calon BN, mudah-mudahan lebih banyak lagi kemudahan yang akan diberikan. Ini bukan kali terakhir saya datang, saya akan datang lagi untuk memantau kebajikan anak-anak buah saya di Lembah Pantai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Timbalan Perdana Menteri bersama Penduduk Lembah Pantai di Perumahan Polis Desa Aman 1, di sini, hari ini. Hadir sama Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim. – BERNAMA

Kategori