Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Makanlah Untuk Hidup Bukan...

KUALA LUMPUR - "Makan untuk hidup atau hidup untuk makan?" Ungkapan ini bukan...

Wanita Guna Daging Kekasih...

SEORANG wanita dituduh membunuh teman lelakinya dan kemudian memasak dagingnya sebagai sebahagian daripada...

Pilih Calon Yang Punyai...

KLANG - Pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis dinasihati agar...

Dua Gudang Kayu Musnah...

TAWAU - Dua gudang menyimpan kayu di Kompleks Perindustrian Kayu-Kayan Tanjung Batu di...

Kamarul Mohon Maaf Tidak Petah Berkata-Kata

KUALA LUMPUR – Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff mengucapkan terima kasih atas sokongan orang ramai, badan akademik, badan bukan kerajaan (NGO) dan organisasi politik keatasnya.

Beliau bagaimanapun memohon maaf kerana tidak petah berkata-kata dan tidak mahir berpidato seperti seorang ahli politik dan pakar motivasi seperti yang dilihat pada program wacana anjuran Sinar Harian tentang Tun Dr. Mahathir Mohamad kelmarin.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan mahupun pandangan dan teguran yang diberikan oleh semua pihak kepada saya. Saya sebenarnya sangat terbuka dengan sebarang pandangan dan teguran khususnya ke atas aspek penyampaian lisan saya.

“Malah bila dijemput berucap, saya sendiri selalunya memaklumkan terlebih dahulu mengenai kekurangpetahan saya dalam berpidato bagi mengelakkan kehampaan pihak penganjur dan penonton, dan hanya bila saya tetap dijemput juga barulah saya akan hadir,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kamarul dipersenda dan dijadikan bahan jenaka oleh penyokong Pakatan Harapan selepas termasuk perangkap yang dipercayai diatur oleh Sinar Harian dan Mahathir bagi membunuh personalitinya di mata masyarakat.

Sebilangan anggota masyarakat berpandangan Sinar Harian merancang membunuh karakter penganalisis politik itu menerusi wacana “Apakah Tun M Terlalu Tua Untuk Jadi PM” memandangkan Kamarul dilihat sebagai satu ancaman kerana banyak menulis kajian tentang kelemahan Mahathir dan Pakatan Harapan.

Kamarul dalam permohonan maaf mengenai kekurangan pengucapan awamnya itu seterusnya menjelaskan, beliau bukan lahir daripada kalangan keluarga yang mempunyai kebolehan berpidato yang baik.

Malah, katanya, beliau sendiri tidak berusaha mengasah dan memperbaiki kemampuan berpidato kerana tidak pernah memasang impian mengubah kerjaya kepada ahli politik atau pakar motivasi yang memerlukan kemampuan berpidato yang baik.

Justeru, beliau melahirkan rasa kesal kerana wujud video troll ke atas dirinya yang kurang petah berkata-kata kononnya beliau terkucil depan Mahathir sedangkan beliau konsisten berhujah selepas Mahathir datang.


Mynewshub semalam melaporkan ramai Netizen mengecam Sinar Harian dan Mahathir kerana dilihat seolah-olah merancang pembunuhan karakter seorang ahli akademik secara halus yang dilihat sebagai ancaman kepada Mahathir dan Pakatan Harapan.

Netizen terbabit turut mendakwa program anjuran Sinar Harian itu bertujuan mempromosikan Mahathir apabila membenarkan Mahathir yang merupakan individu yang dibahaskan dalam wacana tersebut dan isterinya menjadi sebahagian daripada panelis walaupun selepas hampir satu jam wacana itu berlangsung.

Sinar Harian juga didakwa sengaja mencaturkan strategi tiga lawan satu dalam program itu kerana menggunakan moderator dan dua panelis pro-Mahathir untuk memperlekehkan hujah Kamarul yang berseorangan memberi pandangan tentang ketidakmampuan Mahathir untuk kembali menjadi Perdana Menteri.

Moderator wacana “Apakah Tun M Terlalu Tua Untuk Jadi PM” itu juga didakwa kerap mencelah hujah Kamarul supaya tidak dapat menghabiskan dapatan akademiknya tentang Mahathir.

Moderator berkenaan kemudian akan mengeluarkan soalan-soalan berbaur pujian keatas Mahathir untuk dihujahkan oleh dua panelis lain pro-Mahathir terbabit. – MYNEWSHUB.CC

Kategori