Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

MPAJ Jalankan Aktiviti Berterusan...

KUALA LUMPUR - Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) berterusan menjalankan 'Aktiviti Kawalan Tikus'...

Lelaki Ini Sekali Lagi...

AHLI perniagaan, Kuan Chee Heng yang digelar sebagai 'Hero Malaya' dikalangan netizen selepas...

8 Kes Pecah Rumah...

PENDANG - Polis menyelesaikan siasatan lapan kes pecah rumah sekitar daerah ini melibatkan...

Amalina Che Bakri, Digelar...

MASIH ingat dengan pelajar pintar, Nur Amalina Che Bakri yang pernah menggegarkan negara...

Kebakaran Hutan Di India Jumlah Maut Naik 10 Orang

NEW DELHI – Angka kematian dalam insiden kebakaran hutan di negeri Tamil Nadu, India telah meningkat kepada 10 orang selepas polis pada Selasa mengumumkan penemuan satu lagi mayat, lapor agensi berita China Xinhua.

Kebakaran itu berlaku pada lewat petang Ahad ketika sekumpulan pendaki, kebanyakannya pelajar kolej, melakukan aktiviti trekking di Bukit Kurangini dalam daerah Theni, yang terletak 540 kilometer dari ibu negeri Chennai.

“Angka kematian ketika ini ialah 10 orang manakala 30 lagi telah diselamatkan. Mangsa yang cedera sedang dirawat di sebuah hospital kerajaan dan beberapa orang daripada mereka dikatakan berada dalam keadaan kritikal,” kata seorang anggota polis.

Perdana Menteri India, Narendra Modi, telah memuji Angkatan Udara India yang telah menggerakkan anggota komando dan helikopternya untuk menyelamatkan 30 pendaki serta memadamkan api.

“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam kebakaran di hutan Theni. Saya berdoa agar mereka yang cedera cepat sembuh,” katanya.


Satu siasatan telah diarah dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran.

Kebakaran hutan jarang berlaku di India. – BERNAMA

Kategori