Sunday, January 5, 2025

Creating liberating content

Posmen Berhenti Lampu Isyarat...

KUANTAN - Seorang penghantar surat maut selepas sebuah kereta merempuh motosikal yang ditungganginya...

Najib Pengerusikan Mesyuarat Majlis...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempengerusikan mesyuarat...

Bekas Pengarah Urusan TEKUN...

SHAH ALAM - Bekas pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif TEKUN Nasional, Datuk...

Duta Korea Utara Naik...

DUTA Besar Korea Utara, Kang Chol yang diusir balik ke negara asalnya mungkin...

Kebakaran Kilang Dianggar Kerugian RM8 Juta

SIBU – Sebuah kilang perabot dan peralatan pejabat di Jalan Industri Pertama, Taman Kristal Bandar Baru Sibu Jaya dekat sini yang musnah dalam kebakaran awal hari ini dianggarkan mengalami kerugian lebih kurang RM8 juta.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, hasil maklumat awal, punca kebakaran berlaku disyaki akibat litar pintas dalam kilang tersebut dan kesemua barangan perabot dan peralatan pejabat terbakar.

“Tiada unsur-unsur jenayah atau khianat dikesan serta tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Siasatan kebakaran ini dijalankan Jabatan Bomba dan Penyelamat,” katanya menerusi aplikasi Whatsapp.

Sementara itu, menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, panggilan kebakaran diterima jam 8.12 pagi dan pasukan dari Balai Bomba Sibu dan Balai Bomba Sungai Merah terus digerakkan ke lokasi untuk memadam kebakaran.

Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal pada jam 9.05 pagi.


Pihak Bomba dan Penyelamat seterusnya memadamkan sisa-sisa kebakaran sehingga selesai.

“Anggaran saiz keluasan kilang 100 meter x 80 meter telah terbakar 100 peratus,” katanya sambil menambah, tiada kecederaan dilaporkan berlaku. – BERNAMA

Kategori