Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Undang-Undang Baharu Jenayah Seksual...

KUALA LUMPUR - Satu undang–undang baharu dan khusus bagi menangani kesalahan jenayah seksual...

Lelaki Ditahan Selapas Samun...

GEORGE TOWN - Seorang lelaki ditahan selepas beberapa minit menyamun seorang peniaga di...

Latihan Awal Demi Lakar...

KUALA LUMPUR - Keinginan untuk melakar kejayaan pada Pusingan Separuh Akhir Liga Hoki...

Segera Selesaikan Masalah Dalaman...

BATU PAHAT - Dewan Pemuda PAS meminta kepimpinan parti menyelesaikan masalah dalamannya dengan...

Kebakaran Pangsapuri Mewah Di Ho Chi Minh Ragut 13 Nyawa

BANDARAYA HO CHI MINH – Kebakaran yang berlaku pada awal Jumaat di sebuah pangsapuri mewah 20 tingkat di ibu kota Vietnam telah meragut 13 nyawa dan mencederakan 14 lagi, lapor agensi berita China Xinhua.

Jabatan Bomba berkata kebakaran bermula sejurus selepas tengah malam di tingkat bawah bangunan Plaza Carina di mana banyak kereta dan motosikal diparkir.

Anggota bomba mengambil masa dua jam untuk memadamkan api dan menyelamatkan beratus-ratus penduduk namun beberapa orang dipercayai masih terperangkap dalam bangunan itu, kata seorang pegawai jabatan itu.

Kebanyakan penduduk melompat keluar dari bangunan itu dalam usaha melarikan diri dari api. Seorang wanita maut selepas tergelincir dari tingkat 19, kata saksi.

Seorang penduduk, Le Thi Vang, memberitahu pemberita, “saya sedang tidur di tingkat dua ketika terdengar satu letupan kuat dan melihat asap tebal menyelubungi semua tempat.


‘’Saya tak tahu nak lari ke mana, jadi saya terjun ikut tingkap,” katanya.

Plaza Carina terdiri daripada tiga blok bangunan 14 hingga 20 tingkat yang dilengkapi pusat membeli-belah dan hiburan serta lebih 700 unit pangsapuri.

Ia terletak di kawasan seluas lebih 19,000 meter persegi di Jalan Vo Van Kiet dalam Daerah 8, Bandaraya Ho Chi Minh. – BERNAMA

Kategori