Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Ganjaran Besar Malam Yang...

MEMASUKI 10 akhir Ramadan menandakan kita semakin hampir dengan ganjaran yang paling besar...

Pemerintah Arab Saudi, Raja...

RIYADH - Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz al Saud mangkat, lapor stesen...

Polis Manjung Buru Lima...

LUMUT - Polis Daerah Manjung meminta bantuan orang ramai untuk mengesan lima suspek...

Lima Cedera Pesawat Ringan...

KANANGA - Lima cedera apabila pesawat ringan yang dikendalikan oleh Perkhidmatan Udara Kemanusiaan...

Kecewa Prestasi Import, Pablo ‘Dijual’ Di Mudah.my

TEWASNYA juara bertahan Piala FA, Kedah kepada pasukan Pahang tempoh hari menyebabkan pasukan dari utara tanah air itu gagal mempertahankan piala yang dimenangi mereka tahun lalu.

Perkara itu nyata menimbulkan kemarahan peminat setia skuad Helang Merah yang kecewa dengan prestasi yang ditunjukkan Kedah pada awal musim 2018 ini.

Seperti biasa, apabila sesebuah pasukan mengalami penurunan prestasi, pasti ada beberapa individu yang yang dikambing hitamkan dan dikatakan menjadi punca pasukan tidak bermain dengan baik.

Bagi penyokong Kedah, pemain itu adalah penyerang import dari Sepanyol, Pablo Pallares yang dirasakan gagal mempamerkan prestasi seperti yang diharapkan sejak menyertai pasukan itu Januari lalu.

Malah, bagi menunjukkan perasaan tidak puas hati mereka, deretan hashtag #PabloOut mewarnai ruangan komen di laman Facebook rasmi pasukan Kedah sebagai isyarat kepada pengurusan pasukan untuk menggugurkan Pallares.

Aksi longlai yang ditampilkan Pallares sepanjang bersama Kedah telah menyebabkan penyokong mereka meminta dia digantikan pada jendela perpindahan kedua pada bulan Jun nanti.

Tidak terhenti di situ, bantahan terhadap prestasi pemain import yang lahir dari akademi bola sepak Atletico Madrid ini turut diluahkan di laman jual beli atas talian, mudah.my.

Entri lucu itu turut menyaksikan Pallares hanya ingin dijual dengan harga RM100  dengan alasan tidak serasi dengan pasukan yang diwakili sekarang.

“Anda ada pasukan bola sepak, tapi tak ada penyerang? Ha inilah peluang anda. Penyerang paling laju di Malaysia buat masa sekarang.


“Pasukan lama tak serasi dengannya kerana dia terlalu laju. Lagi laju dari bola. Harga boleh tawar-menawar sikit-sikit asalkan tak rugi la.

“Kalau dekat boleh cod, kalau jauh pakai pos laju. Pos saya belanja. Ada hadiah percuma tau. Nak bayar ansur-ansur pun boleh bincang,” tulis posting tersebut.

Dalam pada itu, menyedari perasaan penyokong yang tidak berpuas hati dengan prestasi semasa, Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata beliau tidak meletakkan kegagalan pasukan tersebut kepada individu semata-mata.

“Saya tidak salahkan sesiapapun. Saya tidak salahkan jurulatih dan pemain. Pertandingan memang ada menang dan kalah.

“Bila menang kita puji jurulatih tapi bila kalah kita kutuk jurulatih. Ini tidak betul,” katanya memetik Sinar Harian.

Tambahnya, beliau telah meminta laporan terperinci kepada barisan kejurulatihan bagi menyiasat punca kekalahan itu dan memperbaiki segala kelemahan yang ada.

Kedah dibimbing jurulatih Sepanyol, Ramon Marcote yang sebelum ini pernah berkhidmat sebagai jurulatih kecergasan pasukan itu sewaktu Kedah dikemudi ketua jurulatih pasukan kebangsaan Tan Cheng Hoe.

Selain Pallares, penyokong juga mahukan Marcote bertanggungjawab atas prestasi pasukan yang terumbang-ambing setakat ini. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori