Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Yusry, Lisa Surihani Bakal...

TAHNIAH diucapkan kepada pasangan selebriti, Yusry KRU dan Lisa Surihani yang disahkan bakal...

UTC Perlis Operasi Pertengahan...

KANGAR – Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perlis yang terletak di pusat bandar di...

PPDNKK Temerloh Rampas 988...

TEMERLOH - Bahagian Pengkuatkuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan (PPDNKK) Cawangan...

“Sepatutnya Sejak Hari Pertama...

KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan untuk tidak mengisytiharkan darurat bencana di kawasan Pasir...

Kelab Keselamatan Kebakaran Kanak-Kanak Ditubuh

MACHANG – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Kelantan akan menubuhkan Kelab Keselamatan Kebakaran Kanak-Kanak (Kelab 3K) peringkat prasekolah bagi mendidik kanak-kanak berkaitan pencegahan kebakaran.

Pengarah JBPM Kelantan Nazili Mahmood berkata kelab berkenaan akan ditubuhkan di 401 buah sekolah di negeri ini yang melibatkan kira-kira 17,000 murid prasekolah dan guru sebagai tenaga pengajar.

“Modul kebakaran yang merangkumi 20 jam pembelajaran itu akan dilaksanakan oleh guru sebagai aktiviti mingguan murid-murid prasekolah bagi tempoh setahun,” katanya ketika berucap merasmikan Program Guru Kelab Keselamatan Kebakaran Kanak-Kanak (Kelab 3K) Peringkat Negeri Kelantan di Sekolah Kebangsaan Tok Bok di sini, hari ini.

Antara aktiviti dalam modul berkenaan adalah taklimat dan ceramah keselamatan kebakaran, kaedah penggunaan alat pengesan asap dan langkah penggunaan pemadam api.


Sementara itu, Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Abdullah Mat berkata melalui Kelab 3K itu, kanak-kanak di peringkat awal persekolahan dapat didedahkan dengan maklumat mencegah kebakaran yang lebih sistematik. – BERNAMA

Kategori