Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Sindiket Sorok Syabu Dalam...

KUALA LUMPUR - Satu sindiket dadah yang licik menyembunyikan dadah jenis syabu dalam...

Hasil Mesyuarat Trump-Xi Akan...

KUALA LUMPUR – Dagangan ringgit minggu depan akan amat dipengaruhi oleh hasil pertemuan...

Pembayaran Bantuan Khas Covid-19...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri telah mengarahkan agar Bantuan...

Jangan Bandingkan Saya Dengan...

KUALA LUMPUR - Ketua Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin meminta supaya beliau...

Kemalangan: Trafik Perlahan Dari Tol Ipoh Ke K.Kangsar

IPOH — Aliran trafik perlahan dari Plaza Tol Ipoh arah utara ke Kuala Kangsar petang ini akibat kemalangan membabitkan sebuah lori simen dan menyebabkan diesel tumpah akibat tangki minyak bocor.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata kemalangan yang berlaku di Km 258.3 iaitu dua kilometer dari terowong Menora kira-kira pukul 4.20 petang tadi, membabitkan lori simen melanggar penghadang jalan sehingga menyebabkan tangki diesel kenderaan itu bocor.

“Akibat pelanggaran itu minyak diesel tumpah di lorong kiri sepanjang dua kilometer dari lokasi kejadian dan lorong terbabit terpaksa ditutup sementara untuk kerja-kerja pembersihan.

“Pihak PLUS dengan kerjasama anggota bomba menabur habuk kayu di lorong kiri bagi memastikan jalan itu tidak licin dan boleh digunakan semula,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.


Ekoran kemalangan itu, aliran trafik kini bergerak perlahan sejauh 15 kilometer dari Plaza Tol Ipoh ke lokasi kejadian, katanya. — BERNAMA

Kategori