Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Jangan Keluarkan Kenyataan Berbaur...

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta orang ramai...

Ayda Jebat Punca Zul...

Gandingan Ayda Jebat dan Zul Ariffin dalam drama bersiri Rindu Awak 200 Peratus...

6 Termasuk Gabenor Maut...

MANILA: Seorang gabenor wilayah di tengah Filipina dan lima lagi individu yang lain...

Ketua Pengarah JAS Lulus...

GEORGE TOWN - Sebuah kumpulan pendesak mempersoalkan sama ada tarikh kelulusan projek tiga...

Kembara Kebajikan 1Malaysia Tumpu Cari Dan Bantu

PUTRAJAYA – Lebih 10,000 peserta yang menyertai Kembara Kebajikan 1Malaysia (KK1M) 2018 akan memberi tumpuan kepada program ‘cari dan bantu’ bagi mengenal pasti rakyat yang layak menerima bantuan serta perkhidmatan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata program itu adalah mekanisme penting bagi memastikan golongan berkenaaan tidak tercicir daripada mendapat bantuan dan perkhidmatan daripada kerajaan.

Beliau berkata pihaknya menyasarkan penemuan 3,500 kes baharu golongan yang memerlukan di seluruh negara menerusi KK1M yang akan dilaksana bermula hari ini sehingga 31 Mac.

Beliau berkata mungkin masih terdapat ramai keluarga miskin tidak mendapat bantuan kewangan, orang kurang upaya (OKU) tidak berdaftar, kanak-kanak tidak bersekolah, taska tidak berdaftar serta pelbagai isu sosial dan kebajikan yang boleh dibantu.

“Jadi, program KK1M membolehkan sukarelawan bersama kementerian dan pihak swasta untuk mencari dan mengenal pasti golongan yang memerlukan bantuan dan sokongan melalui pendekatan pendampingan sosial dalam meningkatkan kesejahteraan masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan KK1M di perkarangan kementerian di sini hari ini.

KK1M merupakan program dwitahunan peringkat nasional yang mula diperkenalkan pada 2014 dengan berkonsepkan turun padang untuk mendekati rakyat di segenap kampung dan bandar.

Selain itu, Rohani berkata pengisian KK1M, yang juga berteraskan aspirasi Transformasi Nasional 2050 (TN50) dan cabaran Revolusi Industri 4.0, adalah seperti Khidmat Sukarelawan, Khidmat Bantu di Rumah (warga emas dan OKU), Hari Kerja Sosial Sedunia, pembaikan rumah klien, khidmat kaunseling dan pemeriksaan kesihatan.


“Kami mahu beri pendedahan dan kefahaman kepada masyarakat mengenai peranan serta program kami selain meningkatkan penglibatan pemimpin masyarakat, sukarelawan dan sektor swasta dalam memberi perkhidmatan kepada golongan sasar.

“KK1M yang bertemakan Komuniti Perkasa Masyarakat Sejahtera adalah sejajar dengan konsep Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) membabitkan 12 agensi kerajaan, swasta, kelab, badan bukan kerajaan dan syarikat korporat dalam menjayakan 30 program kepada kumpulan sasar,” katanya.

Rohani berkata KK1M juga membawa mesej khusus dalam Kerja Sosial sempena Sambutan Hari Kerja Sosial Sedunia pada 20 Mac nanti dengan harapan dapat membangunan profesion kerja sosial dan kebajikan bagi melonjakkan kualiti penyampaian perkhidmatan kebajikan.

Pada majlis itu, Rohani turut menyerahkan bendera negeri masing-masing kepada sukarelawan sebagai simbolik pelancaran kepada KK1M. – BERNAMA

Kategori