Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Lawak! Pengantin Terima Hadiah...

BIASANYA jika kita perlu menghadiri majlis perkahwinan, pasti akan terlintas di fikiran apakah...

PH Tidak Pernah Berjanji...

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) diminta meneliti keseluruhan manifesto pilihan...

Semua Pusat Pemindahan Banjir...

MELAKA - Kesemua dua pusat pemindahan banjir di Alor Gajah dekat sini telah ditutup setakat pukul 5.30 petang ini dan 27 mangsa banjir daripada enam keluarga yang...

Penjaga Zoo Digantung Kerja...

China – Aksi seekor anak panda bernama Hua Ni yang dipukul oleh penjaga...

“Kena Tunggu Sampai Ahad Ni! Baru Air Ada”

SUSULAN sistem mampatan udara pecah di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3), pengguna air sekitar Lembah Klang perlu menunggu hingga Ahad ini untuk dapat semula bekalan.

Ia akan disalurkan secara berperingkat kepada pengguna di enam wilayah iaitu Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Kuala Langat dan Hulu Selangor walaupun Kerajaan Selangor memberitahu bahawa kerja pembaikan kecemasan sedang dijalankan selama 24 jam.

Dilaporkan, kawasan Kuala Langat dan Hulu Selangor dijadualkan pulih sepenuhnya pada Ahad ini jam 6 pagi manakala kawasan Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur pula jam 6 petang.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani Selangor, Zaidy Abdul Talib, berkata insiden kerosakan itu membabitkan lima batang paip bersaiz 1,100 milimeter (mm) termasuk dua yang rosak teruk.

“Kes berlaku ketika pihak LRA SSP3 yang dikendalikan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) sedang dalam persediaan pengoperasian semula loji selepas kerja pembaikan kritikal di dalam rumah pam siap dilaksanakan pada jam 5 petang semalam,” katanya kepada Berita Harian.

“Ekoran kejadian itu, kerajaan negeri mengarahkan pihak Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) bantu SPLASH menyegerakan kerja pembaikan dan mengurangkan impak gangguan bekalan air kepada pengguna,” tambahnya lagi.

Kerja pembaikan dijalankan secara berterusan oleh 10 pasukan dan dijangka siap pada jam 6 petang esok.


Semalam, lima kakitangan Air Selangor dan SPLASH cedera selepas sistem mampatan udara di loji itu pecah, kira-kira jam 5 petang dan telah dibawa ke sebuah hospital swasta di Rawang untuk rawatan.

Air Selangor akan membuat persediaan bagi pelaksanaan kerja berjadual dan notis pemakluman akan melalui hebahan media, SMS dan laman sesawang.

Berikutan itu, sembilan Pusat Khidmat Setempat juga diaktifkan dan menambah jumlah kapasiti lori tangki kepada 96 buah selain 11 lori tangki air jumbo bagi membantu pengguna yang terjejas.

“Air Selangor turut mendapat bantuan daripada rakan operator air seperti Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS), Lembaga Air Perak (LAP), Syarikat Air Johor (SAJ), Perbadanan Air Pulau Pinang (PBAPP), Syarikat Air Melaka (SAMB), Syarikat Air Kelantan (AKSB), Syarikat Air Darul Aman (SADA), Pengurusan Air Pahang Bhd. (PAIP), Syarikat Air Terengganu (SATU) dan pihak berkuasa tempatan,” katanya. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori