Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Syed Zainol Anwar Pengerusi...

KUALA LUMPUR - Kontrak Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz sebagai Pengarah dan...

Bergaduh, Merusuh Kerana Berebut...

KOTA BHARU: Tidak cukup dengan bergaduh dan bertumbuk dalam pusat beli-belah, bawa geng...

Pemandu Pelancong Maut Kereta...

PEKAN - Seorang pemandu pelancong di Pulau Tioman maut manakala rakan sekerjanya cedera...

Kakitangan Klinik Kesihatan Cedera...

KUANTAN - Dua kakitangan Klinik Kesihatan Gambang di sini, cedera apabila ambulans dinaiki...

Kencing Tikus: Pusat Rekreasi Gunung Berlumut Ditutup

JOHOR BAHRU – Pusat rekreasi Hutan Lipur Gunung Belumut, Kluang ditutup mulai hari ini berikutan terdapat laporan dua kanak-kanak dijangkiti virus kencing tikus setelah mengunjungi kawasan berkenaan pada 16 Feb lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata penutupan itu bagi membolehkan kerja-kerja penyiasatan dilakukan pihak terlibat termasuk mendapatkan keputusan sampel air di pusat rekreasi berkenaan.

Katanya buat masa ini, beberapa tindakan telah dan akan diambil termasuk mengadakan gotong-royong bagi membersih kawasan terbabit selain memasang perangkap tikus untuk mengesan leptospira.

Menurutnya, Jabatan Kesihatan negeri juga telah memasang papan tanda amaran kesihatan di pintu masuk kawasan bagi menerangkan risiko kesihatan kepada para pengunjung.

“Memandangkan kawasan rekreasi tiada bekalan air bersih, risiko untuk mendapat jangkitan gastroenteritis adalah tinggi terutama bagi kumpulan berisiko yang berkelah di sana.

“Tiada tempat mandian selepas bermain air sungai juga meningkatkan risiko jangkitan melalui kulit seperti leptospirosis dan lain-lain. Selaras itu, kawasan ini ditutup bermula 19 Mac,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Ayub berkata dua mangsa yang dijangkiti sebelum ini merupakan kanak-kanak perempuan dan lelaki masing-masing berusia tujuh dan lima tahun.

Kedua-dua mereka adalah adik-beradik yang dilaporkan bercuti di kawasan itu bersama 30 lagi anggota keluarganya dan sanak saudara yang lain.


Setelah pulang, kedua-duanya mengalami muntah dan cirit-birit dan dimasukkan ke Hospital Kulai pada 23 Feb sebelum dibenarkan keluar pada keesokannya dengan diagnosa Acute Gastroenteritis (AGE).

“Notifikasi leptospirosis (kencing tikus) dibuat ekoran keputusan makmal kedua pada 13 Mac dan selepas kanak-kanak tersebut dilaporkan serologi positif pada 15 Mac,” katanya.

Menurut Ayub, pemeriksaan lanjut kemudian turut mendapati sembilan lagi individu yang bersama-sama menyertai percutian dengan kanak-kanak terbabit, mengalami gejala yang sama sekitar tarikh terbabit.

“Siasatan ke atas mereka masih berterusan. Kesemua kontak yang berkemungkinan juga menghidap penyakit AGE tetapi ujian leptospirosis (kencing tikus) juga akan dijalankan,” katanya. – BERNAMA

Kategori