Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Mayat Komando Hanyut Dari...

MELAKA TENGAH - Mayat seorang lelaki dipercayai anggota komando Tentera Darat yang dikhuatiri...

Keputusan Perlawanan Bukan Keutamaan...

KUALA LUMPUR - Keputusan siri perlawanan persahabatan tidak menjadi keutamaan skuad Bawah 23...

Mahkamah Bebas Tuduhan Guru...

KUALA KANGSAR - Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar hari ini melepas dan membebaskan seorang...

Buku Kumpulan Esei, Penegasan...

KUALA LUMPUR - Buku kumpulan esei 'His Royal Highness Sultan Nazrin Shah Reflections...

Kerajaan Akan Terus Bantu Penduduk Balik Pulau

BALIK PULAU – Kerajaan Persekutuan akan terus memberikan bantuan kepada penduduk-penduduk Balik Pulau untuk memajukan kawasan itu dengan aktivtiti ekonomi berasaskan produk pertanian dan pelancongan melalui Program My Kampung My Future (MKMF).

Anggota Parlimen Balik Pulau Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata kawasan Balik Pulau ini mempunyai banyak potensi dari segi pertanian dan pelancongan bagi menjana pendapatan kepada penduduk di sini.

Menurutnya, sektor ekonomi desa yang merangkumi industri pertanian dan bukan pertanian kini berdepan dengan cabaran dan memerlukan transformasi bagi meningkatkan sumbangannya dalam menyokong aspirasi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

“Saya ingin menyarankan supaya lebih ramai orang kampung khususnya golongan belia untuk melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi yang mampu menjana pendapatan dan ekonomi negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program MKMF Balik Pulau di Jalan Bharu di sini hari ini.

Beliau berkata kampung-kampung di Jalan Bharu ini mempunyai potensi kerana amat terkenal dengan program inap desa dan juga hasil pertanian seperti cendawan, durian dan jeruk.

Hilmi yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata usahawan muda ini memerlukan lebih banyak pendedahan mengenai kepentingan dari segi pemasaran dan juga pembungkusan.

“Kaedah pembungkusan yang betul dan pemasaran yang baik akan membantu sesuatu produk itu menembusi pasaran yang lebih besar. Jadi usahawan-usahawan haruslah pandai bergaul dengan semua, supaya produk yang dihasilkan akan mencukupi dan dapat menembusi pasaran yang berbeza-beza,” katanya.

MKMF yang diperkenal kerajaan menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), merupakan inisiatif kerajaan yang bertujuan untuk meningkatkan pembabitan golongan belia di kawasan luar bandar agar terlibat dengan aktiviti ekonomi yang mampu menjana pendapatan dan ekonomi negara.


Terdahulu, Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pulau Pinang Habibah Sulaiman berkata sebanyak RM416,000 telah diluluskan oleh Kerajaan melalui MKMF untuk kampung-kampung di Jalan Bharu.

Habibah berkata antara program akan dianjur dengan peruntukkan itu adalah agrobazaar K-Shoppe, penambahan premis produk industri asas tani, agrobazaar kedai rakyat, program-program kemahiran pengurusan dan keusahawan, pembangunan produk kraf seramik, ternakan ayam piru, menaik taraf kemudahan dan peralatan jeti nelayan Sungai Burung, kelas kemahiran jahitan dan kraftangan, projek tanaman semula amra (kedondong), salad mangga dan jambu batu serta naik taraf projek tanaman amra.

“Buat pertama kali dilancarkan di negeri ini, MKMF adalah untuk menggalakkan usaha pembangunan ekonomi di kawasan luar bandar yang berteraskan kepada kepelbagaian aktiviti ekonomi bernilai tinggi yang dilaksanakan oleh golongan belia,” katanya. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori