Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

GERAKAN Guna Logo PN

BAYAN LEPAS : GERAKAN akan menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan...

Imigresen Kedah Tahan 22...

ALOR SETAR - Jabatan Imigresen Kedah menahan 22 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)...

Sebastian Pinera Kembali Sebagai...

SANTIAGO - Bilionair Sebastian Pinera akan kembali sebagai Presiden Chile tahun depan, bersandarkan...

Cadang Jawatan Presiden, Timbalan...

KUALA LUMPUR - Pergerakan Pemuda UMNO hari ini mencadangkan supaya jawatan presiden dan...

BN Mampu Selesai Masalah Tanah Adat Orang Asli

GUA MUSANG – Kerajaan Barisan Nasional (BN) mampu menyelesaikan proses mewartakan tanah adat Orang Asli jika diberi mandat memerintah negeri Kelantan pada pilihan raya umum ke-14.

Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata selagi Kelantan di bawah pemerintahan PAS maka selama itulah masalah tanah adat kaum tersebut berlarutan.

“Masyarakat itu bimbang dengan keadaan yang berlaku sekarang hingga mengancam kehidupan masa depan mereka dan kerajaan negeri pula masih berdegil tidak mahu mewartakan tanah adat yang dituntut oleh kaum tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Lah di sini, hari ini.

Tengku Razaleigh yang juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang berkata kerajaan negeri sepatutnya membuat pertimbangan yang adil dalam isu tanah adat Orang Asli kerana tanah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

“Kita (BN) akan meneliti perkara itu (tanah adat) jika dapat mandat memerintah negeri Kelantan selepas PRU14 nanti termasuk menimbang hak milik kepada individu kaum itu,” katanya.


Beliau berkata kerajaan pusat sentiasa memberi perhatian terhadap permasalahan Orang Asli dan memberi keutamaan kepada pelaksanaan projek pembangunan sebagaimana yang mereka nikmati sekarang ini. – BERNAMA

Kategori