Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

‘Malaysia’ Popular Jadi Nama...

Rupa-rupanya 'Malaysia' merupakan nama yang sangat popular di Amerika Syarikat!Mana tidaknya, ramai ibu bapa...

Ceroboh Perairan 48 Nelayan...

NARATHIWAT - Polis Marin Thailand menahan 48 nelayan warga Vietnam yang menaiki empat...

Uber Pohon Jadi Pencelah...

KUALA LUMPUR - Uber yang menyediakan perkhidmatan mengambil penumpang dalam talian, hari ini...

Kanak-Kanak Kritikal Terjatuh Dalam...

GEORGETOWN - Seorang kanak-kanak perempuan berumur enam tahun didapati kritikal selepas terjatuh ke...

Kerajaan Disaran Jihad Tangani Manipulasi Harga

KUALA LUMPUR – Seorang Anggota Parlimen hari ini menyarankan kerajaan supaya melaksanakan jihad menangani manipulasi harga bagi mengatasi masalah kenaikan harga barang.

Datuk Seri Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) berkata ini berikutan adanya peniaga yang memanipulasi harga dalam rantaian ekonomi pasaran semasa bagi mengaut keuntungan.

“Antara persoalan yang sering bermain di minda rakyat adalah mengapakah harga makanan menjadi mahal apabila berlaku kenaikan harga minyak namun, harga makanan tidak turun tatkala berlaku penurunan harga minyak. Persoalannya, mengapakah perkara ini berlaku?

“Pada hemat saya, perkara ini terjadi kerana terdapat segelintir peniaga yang mengambil kesempatan ke atas pengguna,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan dapat mengenal pasti dan mengawal pihak yang cuba memonopoli dan memanipulasi harga pasaran.

Irmohizam berkata persaingan yang seimbang harus diwujudkan di setiap rantaian ekonomi pasaran sedia ada.


“Saya percaya perkara ini dapat diatasi dengan penguatkuasaan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011,” katanya.

Persidangan bersambung esok. – BERNAMA

Kategori