Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Shahidan Perlu Hadir Ke...

KANGAR - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga anggota Parlimen Arau,...

Penjawat Awam Diminta Segera...

PUTRAJAYA - Penjawat awam diminta segera mendaftar melalui MySejahtera untuk mendapatkan suntikan vaksin,...

44 Orang Cedera Bas...

GEORGETOWN - Sebuah bas yang membawa 43 pekerja kilang cedera selepas bas berkenaan...

Najib Zahirkan Penghargaan Pihak...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan penghargaan kepada...

Kerajaan Jepun Guna Robot Urus, Jaga Warga Emas

BAGAIMANA agaknya kalau ibu dan ayah anda dijaga oleh robot? Mungkin sukar untuk diterima akal kerana robot tersebut adalah ciptaan manusia, namun hal tersebut benar-benar terjadi di Jepun.

Kerajaan Jepun telah menggunakan teknologi robot bagi membantu pengurusan dan penjagaan warga emas di negara matahari terbit itu.

Sebagai pelaksanaan awal, sebuah pusat jagaan warga emas di Tokyo menggunakan khidmat kira-kira 20 jenis robot yang berbeza bukan hanya dari segi bentuk tetapi juga pelbagai kegunaan bagi mengurus dan menjaga warga emas terbabit.

Langkah itu diambil disebabkan populasi warga emas yang semakin bertambah dan juga bilangan tenaga kerja pakar yang berkurangan di negara ini.

Lapor akhbar tempatan, penggunaan robot untuk menjaga warga emas mungkin sukar diterima di negara-negara Barat tetapi tidak bagi Jepun.

Mereka memandang penggunaan robot umpama teknologi masa kini yang banyak membantu manusia.

Salah seorang penghuni Pusat Jagaan Warga Emas Shin-tomi, Kazuko Yamada, 84, berkata, robot-robot yang ditugaskan untuk menjaga mereka sangat mesra dan hebat.

“Semakin ramai orang yang hidup bersendirian ketika ini. Dengan adanya robot, ia boleh menjadi rakan bicara kepada mereka yang menjadikan hidup juga lebih gembira,” katanya.


Pengarah Dasar Robotik di Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun atau METI, Atsushi Yasuda berkata, penggunaan robot dapat membantu negara dan mahu menjadikan negaranya sebagai contoh penggunaan robot kepada negara-negara lain.

“Negara-negara lain dijangka akan mengikuti langkah kami menggunakan perkhidmatan robot dalam sektor-sektor kerjaya.

“Lebih 100 kumpulan antarabangsa dari China, Korea Selatan dan Belanda sudah melawat Shin-tomi sejak beberapa tahun lalu,” ujarnya.

Sementara itu, syarikat elektronik Jepun, Panasonic Corp turut mengambil langkah tersebut dengan menghasilkan beberapa produk berunsur robotik seperti robot berbentuk anjing laut yang diberi nama sebagai Paro dan katil yang boleh bertukar menjadi kerusi roda.

Kedua-dua produk tersebut telah dieksport ke Taiwan dan Denmark oleh syarikat itu. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori