Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

JPJ Perak Keluar 2,215...

LUMUT - Sejumlah 2,215 saman dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak atas...

Bos AirAsia Puji PM,...

UNIK... Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengakhiri lawatan dua hari sempena kempen...

Angkara Hantu Kak Limah,...

PELAKON utama filem Hantu Kak Limah (HKL), Delimawati Ismail mengakui berkecil hati apabila...

TPM Ahmad Zahid Sedia...

BALING – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyatakan kesediaan disiasat...

Kerajaan Negeri Isytihar Majlis Bandaraya Seremban

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan akan mengisytiharkan penggabungan secara rasmi dua entiti, Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) menjadi satu, dikenali sebagai Majlis Bandaraya Seremban (MBS), pada 21 April depan.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ini bersempena dengan bandar Seremban yang akan dimasyhurkan sebagai bandar raya pada bulan Januari tahun depan bersempena dengan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir ke-71.

“Selepas pengisytiharan secara pentadbiran, kami memberikan mereka (MBS) tempoh lapan bulan dari April, supaya mereka boleh menyelesaikan operasi pentadbiran, isu, kakitangan dan sebagainya.

“Lapan bulan tempoh yang cukup baik bagi mereka untuk membuat penyelarasan dan yang paling penting sekali ialah bagi mereka menggabungkan dua majlis (MPN dan MPS) ini menjadi satu (entiti),” katanya dalam temu bual khas bersama Bernama di sini.

Mohamad berkata walaupun Seremban sudah lama diberi kelulusan untuk berstatus bandar raya, sejak 2013, beliau menangguhkannya kerana mendapati banyak isu berkaitan dengan masalah dan keperluan rakyat belum diselesaikan.

“Apa guna kita melonjak-lonjak mengisytiharkan Seremban (sebagai bandar raya), (jika) longkang pun masih tersumbat. Kena pastikan kemudahan asas diperbaiki.

“Bila kita dah rasa selesa, seperti saya katakan tadi segala keperluan dapat kita penuhkan, masalah rakyat dapat kita selesaikan, barulah kita boleh (isytiharkan),” katanya.

MBS dijangka beroperasi di sebuah bangunan yang dulunya merupakan pasar raya besar di Rahang.


Unit Kewangan, Teknologi Maklumat (ICT) dan pengurusan akan diletakkan di bawah satu bumbung, manakala unit kejuruteraan dan penguatkuasaan akan dipecah-pecahkan supaya lebih efektif di kawasan yang dizonkan.

MBS juga akan mempunyai pejabat serantau supaya unit-unit perkhidmatannya berada di kawasan yang hampir dengan kawasan mereka seperti di Nilai, Mantin dan Rantau bagi memudahkan gerak kerja.

Pada masa ini, MPN mentadbir daerah Seremban yang terletak di luar seliaan MPS seperti Nilai, Pajam, Labu, Mantin, Lenggeng, Taman Seremban Jaya, Sungai Gadut, Pantai dan Rantau. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Kategori