Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Jangan Diskriminasi Segmen Umrah

KUALA LUMPUR: Persatuan Ejen–Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) meminta kerajaan khususnya Kementerian...

ISN Kecewa Tindakan Penembak...

KUALA LUMPUR - Institut Sukan Negara (ISN) melahirkan kekecewaan terhadap tindakan tiga penembak...

Eksesais Air Thamal Malaysia-Thailand...

BUTTERWORTH - Eksesais Air Thamal antara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera...

Masjid Hasil Pampasan 6...

KUCHING - Tanggal 13 Mei menjadi detik bermakna buat seluruh waris mangsa nahas...

Kerjasama PDRM-Media Pastikan Maklumat Sahih

KANGAR – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu menjalin kerjasama kukuh dan aktif dengan pengamal media bagi memastikan setiap maklumat yang disebarkan adalah sahih, tepat dan mudah dicapai umum.

Titah baginda, maklumat tepat yang sampai ke sasaran dapat memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan pencegahan jenayah.

“Peranan PDRM dalam memenuhi dan menjaga keamanan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat di dalam dunia hari ini begitu mencabar dengan bentuk jenayah juga semakin kompleks dan pelbagai.

Penggunaan media massa cetak dan elektronik dalam penyebaran informasi adalah rasional dan bertepatan sekali selain amat pantas dan meluas kerana ia meliputi setiap kawasan pada setiap masa serta dapat dicapai oleh segenap masyarakat,” titah baginda pada majlis santapan sempena sambutan Hari Polis ke-211 di sini, malam tadi.


Keberangkatan baginda ke majlis itu disambut Ketua Polis Perlis, Datuk Azisman Alias.

Titah baginda pelbagai program yang mendekatkan PDRM dengan masyarakat seperti penduduk setempat, jabatan kerajaan dan institusi pengajian tinggi perlu digiatkan. – BERNAMA

Kategori