Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PDRM Tak Bercadang Syor...

IPOH - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak bercadang untuk mengesyorkan kepada kerajaan agar...

Luiz Suarez Sedia Hadapi...

BARCELONA - Segenap mata akan tertumpu kepada bintang kontroversi Barcelona, Luis Suarez menjelang...

26 Mati Di Sabah...

KOTA KINABALU - Sebanyak 193 laras senapang patah buatan sendiri atau bakakuk, dirampas...

Jumlah Mangsa Banjir Di...

KOTA KINABALU - Jumlah mangsa banjir di dua pusat pemindahan di daerah Pitas,...

Kes Bunuh Warga Emas Di Alor Setar Selesai

BALING – Kes seorang wanita warga emas yang ditemui mati dengan kesan jerutan dalam kejadian samun di rumahnya di Taman Malaysia di sini pada 25 Feb lalu dianggap selesai susulan penahanan seorang lelaki.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata suspek berusia 44 tahun tersebut diberkas pada 28 Feb lalu di ibu negara selepas dikehendaki berkaitan satu kes pecah rumah di Taman Golf Alor Setar.

Suspek membuat pengakuan berhubung kes warga emas berkenaan ketika dalam tahanan reman berkaitan kes pecah rumah di Alor Setar, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah Baling yang baharu, di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Polis Kedah Datuk Zainal Abidin Kasim.

Mengulas lanjut, Noor Rashid berkata suspek dipercayai masuk ke rumah Kau Fu Eng, 71 untuk menyamun namun bertindak ganas sehingga menyebabkan kematian mangsa selepas menyedari wanita tersebut berada di rumah.


Siasatan turut mendapati suspek yang berasal dari Johor dan tidak bekerja itu mempunyai 17 rekod lampau membabitkan dadah dan pecah rumah.

“Susulan penahanan suspek, kes dianggap selesai dan suspek akan direman esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. – BERNAMA

Kategori