Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

7 Maut 3 Cedera,...

JOHOR BAHRU - Tujuh maut dalam satu kemalangan melibatkan van kilang dan lori...

1,278 Kes Baru, Dua...

Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan sebanyak 1,278 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah...

Doktor Didenda RM10,000 Buat...

IPOH - Seorang doktor didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini...

VIDEO: Reaksi Terkejut Tun...

KIRA-KIRAƃā€šĆ‚Ā empat bulan lalu, seorang pakar silap mata dikenali sebagai David Lai telah memuatnaik...

Kes Ganggu Bini Orang: Syamsul Beri Keterangan

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sudah merakamkan percakapan daripada penceramah bebas popular, Syamsul Debat berhubung dakwaan mempunyai skandal dan mengganggu isteri orang.

Ketua Polis negeri, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, pendakwah yang berusia 41 tahun itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan di sini pada pukul 11 pagi Jumaat dan memberikan kerjasama penuh.

Menurut beliau lagi, Syamsul atau nama sebenarnya Syamsul Amri Ismail telah selesai memberi keterangan susulan laporan polis yang dibuat oleh seorang lelaki berusia 51 tahun pada Sabtu minggu lalu.

ā€œPolis sudah melengkapkan keterangan semua pihak iaitu Syamsul, pengadu dan isteri pengadu yang berusia 39 tahun. Setakat ini polis masih meneruskan siasatan,ā€ katanya ketika dihubungi pihak media.

Noor Azam bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut apabila ditanya sama ada kes terbabit mempunyai kaitan dengan isu politik kerana Syamsul juga secara kebetulan terlibat aktif dalam bidang siasah.

ā€œKita masih lagi menyiasat dan akan merujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya sama ada kes ini akan dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan atau pun sebaliknya dia dilepaskan,ā€ kata beliau lagi.


Kes berkenaan mendapat perhatian luas pelbagai pihak apabila ia disiasat di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan kerana memikat wanita yang sudah berkahwin dengan niat melakukan jenayah.

Media baru-baru ini melaporkan polis Negeri Sembilan mengesahkan penceramah bebas itu disiasat selepas seorang pengadu membuat laporan polis di Johor mendakwa beliau mempunyai skandal dan mengganggu isteri orang.

Syamsul kemudian mengadakan sidang akhbar di sini pada 26 Mac lalu menafikan dakwaan kes tersebut dan memaklumkan tidak tahu motif di sebalik laporan yang dibuat pengadu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori