Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Wings Hanya Tinggal Tiga...

KUMPULAN lagenda rock terkenal, Wing kini hanya tiga anggota dan bukan empat seperti...

Ngeri!! Lelaki Putus Kepala...

Walaupun kes kematian akibat serangan buaya tak asing didengar berlaku di Sarawak namun...

5 Rumah Di Flat...

PETALING JAYA – Beberapa unit rumah di blok 70 Flat Sri Sabah, Cheras...

Shafee Tak Menjangka Didakwa...

KUALA LUMPUR - Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak menjangka beliau akan...

Kes Kepala Manusia Tanpa Badan Sudah Terjawab

MISTERI kes kepala manusia yang ditemui tidak berbadan di Sungai Batang Lupar sudah terjawab setelah pihak polis melakukan siasatan susulan.

Identiti sebenar mangsa yang terpaksa dirahsiakan, diketahui merupakan seorang wanita berketurunan Cina dan dianggarkan berusia 31 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, identiti mangsa diperoleh selepas penahanan seorang lelaki yang dipercayai suami kepada wanita tersebut.

“Suspek ditahan untuk membantu siasatan lanjut berkaitan kes kematian isterinya setelah keterangan yang diberikan kepada pihak polis didapati meragukan,” katanya.

Suspek yang juga bapa kepada dua anak telah direman selama tujuh hari dan kes itu telah diklasifikasikan semula mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.


Bagaimanapun akhbar tempatan melaporkan bahawa suspek yang berusia 42 tahun itu merupakan seorang peniaga tempatan di sebuah bandar di negeri berkenaan.

Sementara itu, bahagian kepala tanpa sebarang anggota badan dan identiti tersebut kemudian dibawa ke Hospital Sri Aman untuk tindakan selanjutnya.

Kaitan: Kepala Manusia Ditemui Di Tebingan Sg. Batang Lupar

Kepala wanita terbabit ditemui oleh seorang penduduk kampung yang kebetulan melalui kawasan tebingan tersebut pada kira-kira 4.30 petang, 3 Mac lalu. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori