Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

‘Ular’ Lintas Jalan Patuk...

KELIRU atau kurang peka dengan nama betul binatang, seorang lelaki tergamak membuat laporan...

Bayaran Khas Kepada Penjawat...

SHAH ALAM - Pemberian bayaran khas kewangan kepada penjawat awam di Selangor akan...

Lebih 3,000 Hadiri Rumah...

SIBU - Lebih 3,000 orang menghadiri rumah terbuka Aidilfitri Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidikan...

Pengawal Keselamatan Didenda RM1,000...

PETALING JAYA - Akibat mencuri sepasang kasut di masjid, seorang pengawal keselamatan dijatuhi...

Kes Rasuah: Pengarah Urusan Syarikat Direman

SEREMBAN – Seorang pengarah urusan sebuah syarikat direman tiga hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan RM30,000.

Pendaftar Khas Reman Nurul Balqis Zunaidi membenarkan permohonan reman oleh Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Riduan Kadri di Mahkamah Khas Reman, di sini hari ini.

Semalam SPRM menahan suspek lelaki berumur 48 tahun itu di pejabat SPRM Negeri Sembilan, pukul 1.50 tengah hari.

Menurut sumber SPRM, suspek disyaki telah menawarkan wang rasuah berjumlah RM30,000 kepada seorang juruteknik di sebuah syarikat, supaya mempengaruhi pegawai atasannya untuk memilih syarikat suspek dalam satu tender.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16(b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. – BERNAMA


*Video sekadar hiasan…

Kategori