Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

EasyTaxi: 3 Kenderaan Persendirian...

SEPANG - Tiga kenderaan persendirian tidak berlesen untuk mengambil penumpang di sekitar Lembah...

Blogger Saudi Hina Islam...

RIYADH - Mahkamah Agung Arab Saudi memutuskan bahawa penulis blog terkenal, Raif Badawi, harus...

Jemaah Wanita Meninggal Dunia...

PETALING JAYA – Seorang jemaah wanita yang baru sahaja pulang dari tanah suci...

369,280 Dos Vaksin COVID-19...

KUALA LUMPUR - Trend pemberian vaksin COVID-19 harian mencatatkan penurunan apabila sebanyak 369,280...

Khabar Buruk Yang Jaja Malaysia Negara Longkang

KALAU dengar cakap auta dan cerita putar belit yang dijual merata-rata oleh puak pembangkang, bunyinya macam Malaysia ini sebuah negara yang hendak masuk longkang.

Serba serbi teruk seperti ramai orang sedang melarat, mengemis dan merintih di tepi-tepi jalan.

Realitinya ada saja jualan murah, pelancaran model baharu telefon pintar, waktu cuti dan sebagainya orang ramai keluar bersesak sibuk beli belah, membanjiri lebuh raya dan pasar raya macam tidak ada apa-apa masalah.

Ini semua realiti bukan fantasi.

Ketika semua laporan badan penarafan antarabangsa seperti IMF, Moody, Fitch memberi rating yang baik pada ekonomi negara, puak ini berhempas pulas hendak membakar kemarahan rakyat pasal GST dan harga barang.

Sedangkan sesiapa yang sudah lama bernafas di muka bumi ini tentu sedar mana pernah pembangkang cakap yang baik-baik pasal negara kita apatah lagi menjelang dekat tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Kalau selak balik kisah kos sara hidup dan harga barang mahal, ia sudah menjadi bahan putar belit mereka pada setiap kali menjelang PRU termasuk zaman 22 tahun Tun Dr. Mahathir Mohamad jadi perdana menteri.

Pada Khamis, puak pakatan ini pasti jadi tidak sedap badan lagi dan jenuh kena cari modal macam mana nak tibai lagi imej Malaysia yang semakin positif di mata dunia dan diiktiraf banyak badan antarabangsa.

Apa tidaknya, laporan indeks World Happiness Report 2018 yang dikeluarkan turut memberi penarafan sangat positif kepada status terkini Malaysia sebagai sebuah ‘negara gembira atau bahagia’ di tangga ke-35.

Kaji selidik intensif yang dibuat itu berdasarkan taraf kualiti hidup semasa. Laporan itu bukan dikeluarkan oleh badan tepi jalan tetapi sebuah organisasi berwibawa di bawah naungan Pertubuhan Bangsa Bersatu.

Untuk rekod 2018, Malaysia di peringkat serantau pula, hanya menduduki tangga kedua selepas Singapura (tempat ke-34 dunia) dalam senarai ranking ‘negara gembira’ melibatkan kalangan 10 buah negara ASEAN.


Sementara jiran kita, Thailand (46), Filipina (71), Vietnam (95), Indonesia (96), Laos (110), Kemboja (120) dan Myanmar (130). Brunei tidak masuk ranking. Pada 2017, Malaysia ketiga selepas Singapura dan Thailand.

Tinjauan tersebut juga nampaknya mendapati bahawa rakyat Amerika Syarikat (AS) menjadi ‘kurang gembira’. ia menduduki tangga ke-18, iaitu jatuh 4 tangga berbanding tangga ke-14 yang diraihnya tahun lalu.

“Saya sering berjenaka dengan rakyat AS bahawa kita sedang menikmati American Dream (impian Amerika) di Finland,” kata Brianna Owens, yang berhijrah ke Finland dan menjadi guru wanita di negara Skandinavia itu.

Pendapatan perkapita AS sebenarnya semakin tinggi dan ia lebih kaya, tetapi nampaknya makin kurang gembira dan mencetuskan persoalan rakyat negara kuasa besar dunia itu tertekan di bawah Presiden Donald Trump.

“Ia kelihatan ketara sekarang. Tanda-tandanya tidak elok untuk Amerika Syarikat. Ia semakin kaya dan kaya, tetapi tidak semakin bahagia,” ujar ketua tinjauan tersebut, Profesor Jeffrey Sachs dari Universiti Columbia New York.

Dalam kedudukan dunia pula Malaysia naik tujuh anak tangga selepas berada di nombor ke-42 dalam 155 buah negara. Pada 2012 Malaysia di kedudukan ke-51 sebelum jatuh ke-56 pada 2013 dan ke-61 tahun 2015.

Pada 2016, posisi Malaysia melonjak naik kepada tangga ke-47 dan nombor ke-42 tahun 2017. Finland merangkul nombor 1 diikuti Norway, Denmark, Iceland, Switzerland, Belanda, Kanada, New Zealand, Sweden dan Australia.

Lima negara paling corot dalam kalangan 156 negara yang ditinjau ituiaalah Yaman (152), Tanzania (153), Sudan Selatan (154), Republik Afrika Tengah (155) dan Burundi (156). – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori