SEOUL – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un mengadakan perbincangan bagi mencari jalan penyelesaian untuk meredakan tekanan di Semenanjung Korea bersama wakil khas Korea Selatan.
Agensi berita KCNA, hari ini melaporkan, Jong-un mengalu-alukan kedatangan pegawai Korea Selatan ketika lawatan mereka ke Pyongyang dengan menganjurkan majlis makan malam.
“Beliau mengadakan perbincangan dengan hati terbuka bersama-sama delegasi wakil khas Korea Selatan berhubung isu berbangkit.
“Ia adalah sebahagian daripada langkah untuk memulihkan hubungan Korea Utara dan Korea Selatan dalam memastikan keamanan dan stabiliti di Semenanjung Korea,” kata KCNA. – AFP/BH ONLINE