Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

KOM Sah Tak Iktiraf...

KUALA LUMPUR - Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) memutuskan bahawa catatan masa 10.29s dalam...

Buaya Seberat 150 Kilogram...

BEAUFORT - Sekumpulan penduduk gempar seketika dengan kehadiran seekor buaya sepanjang 2.7 meter...

Solat Jumaat Pertama Sebagai...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin pertama kali menunaikan solat Jumaat sebagai Perdana...

MOF Senaraikan Dua Kategori...

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju untuk mengecualikan cukai ke atas pendapatan yang diterima dari...

Kisah Unik 3 Buah Masjid, Tarik Minat Jemaah

APABILA sebut berkenaan masjid, lazimnya bangunan ini hanya akan dilihat sebagai tempat ibadah bagi umat Islam semata-mata.

Padahal masjid sepatutnya dihadiri oleh ramai jemaah bagi menghidupkan dan mengimarahkan masjid sepertimana yang berlaku masa zaman baginda Nabi Muhammad S.A.W.

Hakikatnya terdapat pelbagai cara untuk memikat hati jemaah dapat hadir ke masjid selain berkonsepkan program ibadah.

Baru-baru ini, tiga buah masjid telah mengadakan aktiviti-aktiviti yang unik sebagai tarikan orang ramai terutamanya golongan muda mengimarahkan masjid.

Lapor Sinar Harian, Masjid al-Syakirin, Gombak, Selangor telah melancarkan Kempen Gerakan Subuh Perdana bagi menghidupkan suasana subuh seperti yang berlaku di Makkah dan Madinah.

Dengan menyasarkan seramai 1,000 kariah hadir untuk solat Subuh berjemaah, kempen yang baru sahaja dilancarkan semalam telah dihadiri sekurang-kurangnya 300 jemaah buat setakat ini.

Sebagai tarikan, pihak pengurusan masjid akan menyediakan sarapan pagi percuma kepada jemaah yang hadir dan merancang untuk mempelbagaikan lagi aktiviti di masjid supaya jemaah akan terbiasa hadir ke masjid dan banyak beramal menjelang bulan Ramadan kelak.

Manakala di Seremban, Negeri Sembilan, Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamad Hasan menyarankan pihak kariah masjid perlu bijak menarik para jemaah untuk hadir mengimarahkan masjid.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menandatangani plak pada Majlis Pelancaran Masjid Ibnu Khaldun di Lavendar Heights, Seremban

Sehubungan itu, beliau menyarankan agar setiap masjid memasang jalur lebar percuma untuk para jemaah yang hadir di masjid bagi memeriahkan institusi ini sebagai pusat komuniti.

“Salah satu cara yang boleh dibuat adakan wifi percuma di kawasan masjid, bila ada wifi ramai yang akan datang, dan apabila tibanya waktu solat sudah pasti mereka akan menunaikan solat di situ,” kata beliau semasa Majlis Pengisytiharan Naik Taraf Surau Ibnu Kaldun Lavender Height.


Surau Ibnu Kaldun Lavender Height telah dinaik taraf sebagai masjid dengan memuatkan sehingga 300 jemaah untuk menunaikan solat di masjid tersebut.

Sementara itu, Program 1Masjid 1Polis diadakan melibatkan 68 buah masjid di Kuala Pilah dengan menempatkan seorang pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di setiap masjid yang bermula sejak 15 Februari.

Ia dilihat sebagai satu pendekatan terbaik bagi anggota polis sendiri menjalankan tugas khidmat dalam komuniti untuk mengekang berlakunya jenayah.

Pada masa yang sama, ia juga dapat mengeratkan hubungan antara pihak kariah masjid dan PDRM memandangkan masjid sebagai pusat berkumpul masyarakat setempat.

PDRM juga  menggalakkan setiap masjid memasang kamera litar tertutup (CCTV) sebagai langkah keselamatan berdasarkan enam kes pecah tabung masjid prrnah dilaporkan mengikut statistik pada 2017.

Kisah tiga unik masjid ini jelas menunjukkan masjid bukan hanya berperanan sebagai tempat ibadah semata-mata sebaliknya berfungsi sebagai tempat menghimpunkan komuniti dari pelbagai lapisan.

Pihak pengurusan masjid dan surau sepatutnya bijak menyusun strategi dan mengambil tindakan untuk menarik ramai jemaah hadir bagi mengimarahkan masjid.

Hasilnya masjid tidak hanya sekadar dihadiri oleh warga tua dan sebagai tempat solat semata-mata. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori