Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

CFA Bakal Pacu Transformasi...

Putrajaya : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyaksikan pertukaran dokumen Cloud...

2 Lelaki Bunuh Kucing...

KUALA LUMPUR – Dua daripada tiga lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes bunuh...

Jangan Mudah Terpengaruh –...

PUTRAJAYA - Generasi muda diingatkan supaya jangan mudah terpengaruh dengan tindakan atau aksi...

George Town Sah Dapat...

GEORGE TOWN – Kerajaan DAP Pulau Pinang semalam mengesahkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang...

KKM Kesan 121 Premis Pembiakan Aedes

KUALA LUMPUR – Sebanyak 121 premis iaitu 19.8 peratus daripada 610 premis barang lusuh yang diperiksa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di seluruh negara dikesan mempunyai tempat pembiakan nyamuk aedes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata susulan operasi di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 yang dinamakan ‘Ops Barang Lusuh’ pada 12 dan 13 Februari itu, tindakan mahkamah telah diambil terhadap pengusaha premis yang didapati menyumbang kepada tempat berpotensi pembiakan Aedes.

“Sejumlah 120 tawaran kompaun dengan nilai RM60,000 telah dikeluarkan selepas mendapat izin Timbalan Pendakwaraya. Sebanyak 49 Notis Arahan Kerja-Kerja Pembersihan telah dikeluarkan manakala satu pemilik premis barang lusuh akan didakwa di mahkamah kerana kesalahan berulang,” katanya dalam satu kenyataan.

KKM akan meneruskan operasi penguatkuasaan secara berterusan bagi membendung peningkatan kes demam denggi dalam kalangan masyarakat. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Aedes

Kategori