Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Timbalan Menteri Besar PAS...

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah seolah-olah...

Video: Pemandu Drift Pecah...

Seorang pemandu drift yang juga merupakan pemandu lagak ngeri, Han Yue dari China...

ADUN PKR Dakwa Bajet...

GEORGE TOWN - Parti Gerakan Pulau Pinang mendakwa tiga lagi Anggota Dewan Undangan...

Isteri Asal Indonesia, Iedil...

MASUK kandang harimau mengaum, masuk kandang kambing, mengembek! Kalau pergi ke tempat orang,...

KKM Sah Belum Ada Mati Akibat Tembikai Australia

LEGA… Sehingga kini, tiada kes listeriosis dilaporkan berlaku di Malaysia kerana memakan tembikai wangi tersebut demikian tegas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.

Menerusi kenyataan, KKM merujuk isu panas melibatkan buah tersebut yang diimport dari Australia yang telah meragut empat nyawa dan 17 orang lain dijangkiti wabak beberapa hari lepas di negara berkenaan.

Dilaporkan, tembikai wangi tersebut atau sering dirujuk sebagai rock melon dikesan tercemar di Australia apabila didapati mengandungi bakteria listeria yang boleh mengancam kesihatan kelompok individu tertentu.

Melalui portal laman rasmi KKM, makanan yang mengandungi bakteria listeria tidak menyebabkan penyakit pada kebanyakan orang, tetapi bagi kumpulan berisiko tinggi ia boleh mengakibatkan listeriosis malah maut.

“Ia termasuk bayi, warga emas, wanita hamil dan individu yang sistem imun lemah (immunocompromised). Listeriosis boleh menyebabkan demam, sakit otot, loya dan kadang kala cirit birit,” lapor KKM.

Baca: Ramai Maut, Sakit Makan Tembikai Wangi Australia

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM dilaporkan turut akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Tinggi Australia di Malaysia berkaitan isu tular di negara berkenaan.


KKM bahkan telah menyita tembikai wangi tersebut yang terdapat di premis pengimport dan akan dikembalikan semula sekiranya produk tersebut tidak tercemar dengan bakteria listeria monocytogenes.

Seksyen 13 Akta Makanan 1983 memperuntukkan mana-mana pihak terlibat mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual makanan yang mengandungi bahan yang beracun, merosakkan atau memudaratkan kesihatan adalah dikira salah.

Kesalahan boleh disabitkan dengan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori