Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Tiada Bom Di Puchong...

KUALA LUMPUR - Pihak polis menafikan dakwaan kononnya terdapat sebutir bom tertanam di...

Agong Tinjau Pelaksanaan Perintah...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, meninjau...

Misteri Kemunculan Ikan Lumba-Lumba

TOKYO – Kemunculan lebih 150 ekor ikan lumba-lumba Melon-head di pantai negara ini...

Tukang Urut Bergelar Juara...

KUALA LUMPUR : Pengorbanan atlet boling padang para negara yang juga seorang tukang...

Kompleks Akuatik Amanjaya Antara Terbaik Di Malaysia

IPOH – Kompleks Akuatik Perak Amanjaya bernilai RM45 juta disifatkan antara terbaik di negara ini berdasarkan kemudahan infrastruktur yang diiktiraf mengikut spesifikasi ditetapkan Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA).

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata, pembinaan kompleks yang terletak berhadapan Stadium Ipoh, di sini, mampu memuatkan 3,000 penonton itu mengambil masa selama 19 bulan dan ia siap sepenuhnya pada Februari lepas.

“Antara kemudahan yang terdapat di sini adalah saiz kolamnya yang memenuhi tahap Olimpik, menempatkan 10 lorong berbanding lapan lorong untuk mana-mana kejohanan dunia.

“Kemudahan lain adalah ‘call rooms’, bilik persalinan, tandas, skrin LED (diod pemancar cahaya) dan sebagainya. Kompleks ini juga turut dilengkapi tahap pencahayaan lampu limpah sekitar 600 lux seperti mana ketetapan FINA,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Akuatik Perak Amanjaya, di sini, hari ini.


Beliau berkata, kompleks itu juga nanti akan dibuka kepada orang awam bermula 1 Mei depan selepas proses penilaian akhir dilakukan pihak berwajib.

“Kita juga akan mengenakan bayaran cumanya ia belum ditetapkan namun saya percaya ia akan dicaj dengan kadar yang berpatutan,” katanya. – BERNAMA

Kategori