Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tak Boleh Bayar Bil...

KUALA LUMPUR – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) mengumumkan pembayaran bil...

Kucing Baka Mahal Mati,...

KESIAN dan tak bertanggungjawab... Hancurnya hati seorang pemilik dan pencinta kucing ini apbila...

Akta Aksem Berkuat Kuasa...

KUALA LUMPUR - Kerajaan menetapkan Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017 (Akta 779)...

Skandal BNM: Kerajaan Pertimbang...

PUTRAJAYA - Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan menyiasat semula dakwaan Bank Negara Malaysia (BNM) pernah...

Konstabel Tertembak Diri Sendiri Kini Stabil

IPOH – Seorang anggota polis berpangkat Konstabel yang cedera pada dada kiri akibat tertembak dirinya sendiri dengan senjata api di Pos Pengawal Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah dekat Seri Iskandar semalam, kini berada dalam keadaan stabil.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Mohamad Zainal Abdullah berkata pihaknya sedang menunggu laporan penuh mengenai keadaan anggota polis yang telah berkhidmat di IPD Perak Tengah sejak September 2016 itu.

“Anggota itu yang kini berada di Unit Rawatan Rapi Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) sudah boleh mengerakkan kedua-dua belah tangannya. Keluarganya meminta anggota dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur kerana berdekatan dengan kampung halaman di Melaka,” katanya ketika ditemui di HRPB di sini hari ini.

Semalam, Mohamad Zainal berkata mangsa berumur 24 tahun mengambil senjata api jenis MP5 di bilik simpanan senjata di IPD berkenaan sebelum memulakan syif tugasannya di Pos Pengawal IPD itu dari 12 tengah hari hingga 6 petang semalam.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terkena tembakan daripada senjata itu semasa hendak menyarung tali senapang pada badannya kira-kira pukul 12 tengah hari.


“Siasatan pada senjata api itu didapati mempunyai satu kelopak berisi 24 butir peluru serta satu lagi peluru berada dalam laras dan berada dalam mod E iaitu ‘single’, bukannya dalam keadaan selamat, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kes ini,” katanya. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Kategori