KUALA LUMPUR – Kossan Rubber Industries Bhd telah membeli dua keping tanah seluas 333.51 hektar di Bidor, Perak daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Perak dengan harga RM82.42 juta.
Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, ia berkata, tanah pajakan itu akan diguna untuk pengembangan pengeluaran sarung tangan bersepadu kumpulan tersebut.
“Lokasi strategiknya dengan sumber utiliti yang banyak (gas asli, elektrik dan air) serta tenaga kerja tempatan akan memudahkan program pengembangan kumpulan,” tambahnya.
Kossan Rubber berkata, pembelian itu akan dibiayai sepenuhnya secara tunai dan dijangka selesai pada suku pertama 2019. – BERNAMA