Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Kejam! Ditelanjang, Diseksa Beramai-Ramai

SEBUAH video menunjukkan tindakan sekumpulan pegawai melakukan penderaan ke atas seorang penghuni di...

Husni Tiada Rancangan ‘Betul’...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini...

ASP Didakwa Setuju Terima...

SHAH ALAM - Seorang pegawai polis dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini...

Sukan Asia: Kita Banyak...

INCHEON - Seperti dijangka, skuad sepak takraw negara gagal mengharungi misi dianggap mustahil...

KPDNKK Johor Sita 422 Telekung Disyaki Tiruan

KULAI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor merampas 422 helai telekung menggunakan jenama ‘Siti Khadijah’ disyaki tiruan di sebuah rumah kedai di Taman Nusa Bestari, Skudai, dekat Johor Bahru, semalam.

Pengarahnya Khairul Anuar Bachok berkata serbuan pada 12.45 tengah hari itu membabitkan empat anggota penguatkuasa KPDNKK Johor dan dua wakil syarikat pemilik cap dagang Global Trade Shield Sdn Bhd selepas melakukan pemantauan sejak seminggu lepas.

“Pemeriksaan mendapati premis tersebut merupakan tempat menjual telekung yang menggunakan logo ‘Siti Khadijah’ disyaki tiruan secara atas talian (online).

“Kesemua 422 helai telekung tersebut dianggar bernilai RM37,980,” katanya kepada pemberita di stor simpanan KPDNKK Johor di sini hari ini.

Khairul Anuar berkata siasatan awal mempercayai kesemua telekung itu diperoleh dari Vietnam, bagaimanapun, siasatan lanjut sedang dilakukan bagi mengenalpasti punca bekalan telekung terbabit.

Beliau berkata pihaknya percaya telekung itu adalah untuk dijual di dalam negara dan luar Malaysia secara atas talian.


“Hasil pemeriksaan di premis itu, hanya terdapat seorang lelaki rakyat Libya berumur 33 tahun yang merupakan pekerja premis. Kita sedang mengenalpasti majikan dan pemilik premis serta sejauh mana perniagaan itu sudah beroperasi,” katanya.

Katanya telekung terbabit dijual murah antara RM90 dan RM150 sehelai berbanding harga telekung asal sekitar RM225 sehelai.

Kesemua telekung kini disita mengikut Seksyen 8(2)(b) Akta Perihal Dagangan 2011, katanya. – BERNAMA

Kategori