Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Polis Thailand Sekat Akses...

BANGKOK - Permintaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk bertemu dengan bekas...

Dasar Perumahan Negara Akan...

TANJONG KARANG - Dasar Perumahan Negara yang akan berakhir pada tahun depan akan dikaji...

Mayat Wanita Tersangkut Dalam...

PETALING JAYA - Seorang wanita dipercayai terjun dari sebuah apartmen di Bandar Sri...

Syed Saddiq Dalam Kabinet...

KUALA LUMPUR - Kenyataan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bahawa Kerajaan Pakatan Harapan...

KPKT Bakal Bina 6,000 Rumah Transit Di Rawang

TANJONG KARANG – Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) merancang membina 6,000 unit rumah transit di Rawang dekat sini, bagi membantu golongan belia terutama di kawasan bandar.

Menteri berkenaan Tan Sri Noh Omar berkata kediaman jenis studio itu bakal dibangunkan di tapak seluas kira-kira 202 hektar.

Bagi maksud itu, beliau berkata kementerian sudah mendapat kelulusan Kabinet bulan lepas.

“Jika Barisan Nasional (BN) menang Pilihan Raya Umum ke-14 nanti, sudah pasti pelaksanaan projek itu dapat disegerakan,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di Kampung Sawah Sepadan di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjong Karang Datuk Habibah Yusuf.


Mengulas lanjut, Noh yang juga Pengerusi BN Selangor berkata pembinaan rumah berkeluasan 450 kaki persegi dan 650 kaki persegi itu akan dilaksanakan dengan kerjasama syarikat pemaju swasta.

Terdahulu, Noh menyampaikan sumbangan berbentuk barangan keperluan harian kepada lapan keluarga di kampung berkenaan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • KPKT

Kategori