Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

LKIM T’ganu Rancang Wujud...

KUALA TERENGGANU - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) cawangan Terengganu sedang merancang untuk...

Mona Sedia Bertemu Empat...

PRAMUGARI yang didakwa menjadi orang ketiga dalam hubungan Shahir Zawawi dan Erra Fazira berkata...

Wanita Warga Asing Maut...

SIBU - Seorang wanita maut selepas kenderaan yang dipandunya hilang kawalan dan melanggar...

Juruteknik, Pemandu Teksi Didakwa...

KUALA KANGSAR - Dua lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar pada Selasa,...

KPM Terbuka Pandangan Kurangkan Beban Guru

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan sentiasa terbuka menerima pandangan dan maklum balas daripada kira-kira 500,000 warga pendidik dalam usaha mengurangkan beban tugas golongan itu.

Timbalan Menterinya, Datuk P. Kamalanathan berkata kementerian memahami beban ditanggung para guru dan sentiasa mencari jalan terbaik dalam menangani masalah berkenaan.

“Semasa lawatan menteri dan timbalan menteri juga, kita sentiasa mengambil maklum balas daripada guru mengenai apa yang perlu kita lakukan untuk kurangkan beban mereka, kita akan mencari jalan terbaik bagi mengurangkan beban guru,” katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang) yang ingin tahu langkah diambil kementerian bagi memastikan guru tidak terus terbeban dengan tugasan mereka.

Kamalanathan berkata kementerian telah melaksanakan tujuh langkah untuk mengurangkan beban tugasan guru antaranya memperhalusi kaedah pengoperasian dan pengurusan sekolah yang lebih mengutamakan keberhasilan pembelajaran murid; mengurangkan beban aktiviti yang tidak melibatkan pengajaran dan pembelajaran di sekolah serta memudahkan tugas memasukkan data murid.


“Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 juga turut menggariskan pelbagai inisiatif bagi meringankan beban guru dan salah satunya adalah penggunaan sistem teknologi terkini bagi memudahkan kerja guru,” katanya. – BERNAMA

Kategori