Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Pakar Motivasi Gelar Kumpulan...

BETULLAH ungkapan pepatah, 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya'.Dalam kontroversi terbaru membabitkan...

Suami Isteri Selamat Selepas...

BANGI - Tindakan pantas seorang lelaki memberhentikan kenderaan sebaik menyedari kereta dinaiki terbakar...

Kerajaan Belanja RM800,000 Sediakan...

KUALA KRAI - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) membelanjakan RM800,000 untuk...

Fazura Tidak Mahu Berlakon...

SETELAH lebih 10 tahun berada dalam industri seni, aktres jelita Nur Fazura menyatakan...

Kren Tumbang, Seorang Pekerja Maut

KUALA LUMPUR – Seorang pekerja pembinaan maut, manakala dua lagi terselamat selepas sebuah kren di tapak pembinaan landasan MRT di Jalan Jinjang di sini, tumbang, lewat malam tadi.

Bomba yang menerima laporan kejadian pada jam 11.49 malam, menggerakkan aset bersama 30 pegawai dan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Jinjang, Sri Hartamas dan Hang Tuah ke lokasi untuk kerja menyelamat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman, berkata pemeriksaan awal mendapati sebuah kren di tapak pembinaan landasan itu menggelungsur dan tumbang.

“Seorang mangsa dilaporkan jatuh, manakala dua lagi mangsa terperangkap dalam kren yang tumbang itu dengan ketinggian kira-kira 12 meter.

“Anggota kita terpaksa menggunakan jentera Turn Table Ladder (TTL) untuk menurunkan kesemua mangsa yang terperangkap itu,” katanya di sini, hari ini

Khirudin berkata, seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan. Mangsa dikenali sebagai Firdaus Md Taib, 41.


“Dua lagi mangsa selamat, namun salah seorang cedera pada pergelangan kaki dan dibawa ke Hospital Selayang. Kedua-dua mangsa berusia 24 dan 38 tahun.

“Mangsa terakhir diturunkan menggunakan TTL pada jam 1.15 pagi sebelum operasi menyelamat ditamatkan sepenuhnya pada jam 2 pagi,” katanya. – BH ONLINE

Kategori