Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Lebih 10 Juta Rekod...

SHAH ALAM – Lebih 10 juta rekod termasuk berkaitan pentadbiran dan peribadi dianggarkan...

“Saya Sayangkan Anda, Saya...

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, melahirkan kerinduan kepada...

10 Maut Akibat Serang...

MEXICO - Sekurang-kurangnya 10 terbunuh dalam serangan bersenjata di barat negara ini apabila...

Penagih Jangan Malu Dapatkan...

KUANTAN - Mereka yang terjebak dalam penagihan dadah dinasihatkan untuk tidak malu mendapatkan...

Krisdayanti Pesan Supaya Siti Siapkan Diri Jadi Ibu!

SEBAGAI rakan baik dalam industri hiburan, penyanyi terkenal dari Indonesia, Krisdayanti turut mendoakan urusan rakan baiknya, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang kini sedang menghitung hari melahirkan zuriat pertama.

Krisdayanti atau lebih mesra disapa dengan nama KD, 44, mengharapkan agar Siti sudah bersiap sedia dari segi mental dan fizikal bagi menghadapi satu fasa perubahan dalam hidupnya.

“Perjalanan masih panjang, justeru Siti perlu mempersiapkan diri terutama daripada segi mental. Paling penting, jaga kesihatan kerana selepas melahirkan bayi, pasti kerap berjaga malam untuk menguruskan si kecil.

“Carilah waktu tidur yang sesuai dan dapatkan rehat yang cukup. Tapi jangan risau kerana segala rasa penat dan lelah itu akan hilang sebaik kamu melihat wajah anakmu nanti,” katanya dipetik daripada BH Online.

Namun, walaupun ini merupakan pertama kali Siti bakal menimang cahaya mata, penyanyi lagu Cobalah Untuk Setia itu mempercayai bahawa sahabat baiknya itu pasti mampu untuk menguruskan bayi dan kehidupan baharunya dengan sempurna sekali.

“Sebagai bakal ibu dan belum mempunyai pengalaman, saya pasti Siti masih belum dapat membayangkan bagaimana situasinya apabila menguruskan anak sendiri.

“Tapi Siti tak perlu risau… Tidak ada sekolah yang mengajar bagaimana menjadi seorang ibu. Semua kemahiran itu akan datang dengan sendiri. Nikmatilah pengalaman baharu itu sepuas-puasnya,” tambahnya lagi.


Baca: Siti Nurhaliza Bakal Timang Baby Boy?

KD merupakan antara rakan selebriti yang rapat dengan penyanyi nombor satu negara itu selain Fara Fauzana, Datuk Nurul dan ramai lagi.

Sebelum ini, KD pernah mengingatkan Siti supaya sering mengamalkan Surah Yusuf bertujuan untuk mendapatkan anak lelaki walaupun ketika itu dia masih belum mengumumkan jantina anak sulunya itu.

Namun kini, umum sudah mengetahui bahawa Siti bakal melahirkan puteri sulungnya dan pastinya bayi itu akan cantik seperti ibunya!

Bagaimanapun, difahamkan isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa itu bakal melahirkan cahaya mata mereka secara pembedahan disebabkan faktor usia serta rawatan IVF yang dilakukannya sebelum ini.

Mudah-mudahan segala urusan akan berjalan dengan lancar dan semoga Siti dan bakal puterinya sihat sejahtera hendaknya. – MYNEWHSUB.CC/AH

Kategori