Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Tiada Perubahan Kedudukan Kerusi...

VALLETTA (Malta) - Tiada perubahan kedudukan kerusi Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin...

Tentera Pindahkan 470 Penduduk,...

DUNGUN - Tindakan pantas 22 anggota Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Seri Pantai...

Dewan Negara Lulus RUU...

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Negara pada Isnin meluluskan dua Rang Undang-Undang (RUU)...

Downy Malaysia Perjelas Dakwaan...

JENAMA pelembut pakaian, Downy Malaysia menafikan dakwaan bahawa produknya mengandungi unsur babi seperti...

Kuasa Netizen ‘Bawang’, Kontrak Izreen Ditamatkan?

DEK kuasa netizen mulut ‘bawang’ berikutan isu rumah tangga melanda pelakon, Izreen Azminda kebelakangan ini, terdapat sumber melaporkan kontrak produk kecantikan aktres itu ditamatkan!

Gara-gara isu tersebut, produk kecantikan dikenali sebagai Meeracle yang mengambil Izreen sebagai duta telah menamatkan kontrak aktres tersebut, baru-baru ini.

Memetik sumber, difahamkan kontrak Izreen bersama produk kecantikan itu telah pun ditamatkan sejak 15 Februari lepas.

Bagaimanapun, sehingga kini tidak ada sebarang laporan yang didedahkan kepada umum apakah punca sebenar kontrak berkenaan ditamatkan.


Nama Izreen mula menjadi sebutan ramai selepas berita perkahwinannya dengan ahli muzik, Ude yang sudah beristeri dan mempunyai dua orang anak tersebar meluas.

Susulan hal itu, pelbagai tohmahan dan hinaan telah dilemparkan kepada pelakon wanita ini oleh netizen kerana dianggap sebagai ‘perampas’ suami orang. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori