Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Polis Akan Mohon Sambung...

GEORGE TOWN - Polis akan memohon kepada mahkamah untuk melanjutkan perintah tahanan reman...

3 Lelaki Ditahan Rampas...

IPOH - Tiga lelaki tempatan disyaki terlibat dalam kegiatan dadah ditahan bersama pelbagai...

Keadaan Jerebu Semakin Pulih...

KUALA LUMPUR - Kualiti udara di seluruh negara pagi Sabtu semakin pulih berikutan...

SPR Digesa Siasat Warisan...

KIMANIS - UMNO menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasat Warisan bagi kesalahan pilihan...

Kucing Cekal Ini Nyaris Maut Dalam Suhu -60° Celsius

IBARAT pantang maut sebelum ajal, seekor kucing menggambarkan masih ada baki lapan nyawa lagi waima hampir maut terperangkap dalam enjin sebuah kereta api di Kanada baru-baru ini.

Ia bermula apabila seorang petugas penyelenggara tren, Brad Shelter dari stesen Edmonton sedang menjalankan pemeriksaan rutin di bahagian enjin kenderaan berat itu di Alta, terletak 3,333 kilometer dari ibu kota Ottawa.

Lelaki itu kemudia telah dikejutkan apabila terdengar suara aneh yang tidak jauh dari tempatnya. Rasa ingin tahu yang kuat telah mendorong Shelter untuk memberikan lebih tumpuan kepada suara sayup agak sayu tersebut.

Bagi mendapatkan kepastian, petugas itu telah menghalakan lampu suluh miliknya ke bahagian enjin kedua kereta api itu. Sedang asyik menghalakan cahaya ke semua bahagian enjin, dia dikejutkan dengan sepasang mata berkilau.

Secara perlahan-lahan dia mendekati arah tersebut dan mendapati seekor kucing. Haiwan berkenaan mengiau-ngiau akibat kesejukan diselimuti salji tebal dengan paras cuaca adalah mencecah sehingga -55 hingga -60° Celsius.

Tanpa ambil masa lama, lelaki itu telah membawa kucing berkenaan ke pejabat berhampiran untuk memastikan ia berada dalam keadaan selesa. Mamalia itu dipercayai sesat jalan sebelum cuba sorok di enjin tren ketika salji turun.


Menurut Shelter, dia turut menyelimutkan badan kucing tersebut dengan menggunakan baju T miliknya. Malah dia membersihkan saki baki ketulan ais dan salji sejuk yang terdapat pada keseluruhan badan haiwan comel berkenaan.

Di samping itu, lelaki berkenaan memberikan makanan dan minuman kepada kucing terbabit yang kebuluran beberapa hari. Kucing tersebut juga kelihatan berada dalam keadaan letih apabila didapati tidur sepanjang malam.

Di bawah jagaan Shelter, kucing tersebut dibawa berjumpa dengan pakar perubatan veterinar dan mendapati ia mengalami kecederaan di bahagian telinga dan tapak kaki dipercayai keradangan akibat cuaca yang terlampau sejuk.

Portal Global News turut melaporkan Shelter dianugerahkan pengiktirafan khas tertinggi daripada sebuah badan dunia, People for the Ethical Treatment of Animals (PETA) atas sifat mulianya itu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori